Posted in Melaka - Malay cuisines
Pada awal tahun lapan puluhan lagi restoran ni dah jadi buah mulut orang kat Melaka ni betapa sedapnya makanan yang dihidangkan. Lokasinya di Jalan Malim lebih tepat lagi tempat makan ni terletak di jalan utama menuju ke arah bandar Alor Gajah ataupun lima belas minit dari susur keluar tol Ayer Keroh.. berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina.
Menu kat sini berasaskan makanan masyarakat Melayu. Kesemua menu pulak adalah resepi asli pemilik restoran. Yang bestnya kerusi meja kat sini batu.. apapun selain menu yang sedia ada, akan diselitkan juga menu baru sekali sekala untuk menambahkan lagi pilihan untuk perlanggan. Kalau anda nak datang waktu operasinya dari jam 5 petang hingga 1 pagi 7 hari seminggu.. tak tutup langsung!
Untuk memeriahkan lagi suasana,ada kiosk kiosk yang menjual beraneka makanan dan minuman macam sate.. ada live band lagiii.. kumpulan The Step dengan persembahan livenya setiap malam miggu.. pelanggan pun boleh berkaraoke secara percuma! Berbalik kepada gerai selain sate ada ada kiosk lain iaitu Tuah Kiosk, Jebat Kiosk, Kasturi Kiosk dan Lekir Kiosk... sesuai sangatlah nama tu kat Melaka! Untuk ibubapa yang bawa anak anak pulak biarkanlah anak anak anda bermain di atas kereta mainan ni.. taklah kacau kita nak makan yedak! Marilah kita bersama Puan Jariah Abdul Latif yang akan menunjukan cara masak Ikan Siakap Asam Pedas Melaka stai. Pertama sekali, tumis bahan bahan yang dah dikisar iaitu bawang putih merah sedikit belacan.. masukkan serai, daun limau purut, air asam jawa dan ikan siakap... dekat mendidih buah keluak.
Restoran Sri Percik
Batu 3/4, Off Jalan Malim
75200 Melaka
Tel: 06-3361986
HP: 012-6285914

| < Prev |
|---|










