Posted on Leave a comment

Resepi Ayam Madu

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Resipi ayam madu melekit, atau orang putih sebut sticky honey chicken. Tapi dalam bahasa melayu lagi sedap lah bunyi dia. Resipi dia memang mudah dan tak banyak bahan2. Ayam tu pulak boleh guna apa2 bahagian yang kita suka, tapi che mat syorkan guna bahagian kepak atau peha. Kalau guna bahagian dada, kita boleh jadikan isi ayam tu sebagai inti sandwich atau taruk dalam roti pita. Dari gambar nampak memang betul2 melekit kan, dah agak gelap sikit, yang gelap tu sebab ada guna kicap. Eh, nampak macam ada kacang tanah ajer, yang tu memang kacang tanah, tak taruk pun takpe, optional, che mat saja letak sebab ada belen kacang dalam balang, tak banyak pun, kurang lebih satu sudu besar saja, rimas tengok tak habis2, ku cempakkan masuk, kan kita yang buat dia, yea dak…

Bagi yang suka pedas, boleh tambah sedikit chili flakes atau nak lebih seksi lagi, masukkan sedikit cilipadi, tapi jangan banyak2, kang menyenggau pulak, awas yea, kalau dah taruk cili padi, toksah pi sumbat ayam tu kat anak2 kecil, kesian budak tu kang, terseksa menahan kepedasan. Che mat ada juga guna cili, tapi cili kering, tu pun dalam 3 tangkai saja. Ayam madu melekit ni paling ngam dirataj saja. Tapi kalau nak makan dengan nasi pun ok.

Posted on Leave a comment

Resepi Asam Pedas Ayam

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak asam pedas ayam, biasalah, orang Johor, asam pedas memang tak boleh dipisahkan. Sebenarny che mat malas nak masukkan resipi ni dalam blog, tapi di IG, ada pulak yang minta dikongsikan resipi asam pedas ayam. Ada juga yang bertanya, sedap ke asam pedas ayam? Macam pelik ajer. Sebenarnya takde yang peliknya asam pedas ayam ni. Contoh macam di Pahang, ada yang masak ayam gulai tempoyak, jadi sama ajer lah dengan asam pedas ayam. Kat Melaka ada asam pedas daging atau asam pedas tetel. Resipi dan penggunaan bahan2 tak banyak beza dari asam pedas biasa. Ada orang suka masukkan sedikit ketumbar jintan, tapi pada che mat, kalau kita masukkan rempah, dah macam asam pedas Melaka. Untuk resipi kali ni, che mat masukkan sawi jeruk sebagai bahan sampingan. Yang tu optional, boleh gantikan dengan terung, bendi atau tomato. Kalau nak lagi kelainan, boleh masukkan kentang. Disebabkan ada sawi jeruk, che mat tak masukkan daun kesom, entah kenapa tekak ni rasa macam tak kena ajer sawi jeruk dengan aroma daun kesom. Tapi bunga kantan memang wajib ada, baru  lah terangkat. Bagi yang nak mencuba masak asam pedas ayam, boleh semak resipinya di bawah ini…