Cara Buat Roti Guna Kaedah KUKUS, Hasilnya Jadi Lebih Lembut & Gebu!

Masa penyediaan:
Masa memasak:
Jumlah hidangan:

Kebiasaannya bila buat roti, kita akan bakar menggunakan ketuhar kan? Jarang-jarang dengar resipi roti guna kaedah kukus. Kalau guna teknik kukus ini, roti akan menjadi lebih lembut dan gebu. Memang sedap dimakan panas-panas. Sesuai dijadikan hidangan menu petang ataupun buat sarapan untuk seisi keluarga. Jom lihat caranya di bawah. Resipi Roti Guna Kaedah Kukus Bahan-bahan: 150g tepung gandum 2 biji telur Gula 1 sudu besar 1 sudu kecil yis 1 sudu kecil esen vanila Secubit garam 1 sudu besar minyak masak Gula dan butter yang dicairkan untuk topping Cara-cara: 1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata. (memang tak pakai air, telur tu la cecair dia) 2. Kemudian masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin. 3. Perap sampai doh naik 2 kali ganda. Lepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian. 4. Bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Saya pakai loyang 6 inci. 5. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang 2 kali ganda. 6. Kukus dengan api sederhana 35-40 minit. 7. Loyang balut dengan cling wrap. Tapi jangan ketat sangat. Bagi ruang untuk roti mengembang masa dikukus. 8. Bila roti dah masak, sapu dengan marjerin/mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Nak makan cicah kari/sardin pun sedap. NOTA KAKI: *Kalau doh macam lambat kembang tu, jangan panik. Tunggu je. Tunggu sampai kembang elok, baru kukus. *Nanti masa kukus dia akan mengembang lagi. *Tapi loyang jangan balut ketat sangat ye masa kukus tu. Nanti roti tak dapat mengembang, susah nak gebu. Kredit: Khairunnisa Mohammad Baca juga: Resipi Donut 1 Cawan Tepung, Ngam Makan Untuk 2 Orang The post Cara Buat Roti Guna Kaedah KUKUS, Hasilnya Jadi Lebih Lembut & Gebu! appeared first on MyResipi. https://myresipi.com/cara-buat-roti-guna-kaedah-kukus/

Bahan - bahan

Cara Masak