login

Hari ini saya ingin kongsikan resepi Brownies yang sangat sedap. Bukan saya yang menyediakannya tetapi Juita. Saya hanya menemankan Juita supaya dia tak keseorangan. Juita menggunakan resepi dari Laura Vitale ini yang saya telah translate.

Semasa ianya masak, hari sudah hampir senja dan saya bergegas mahu ke surau. Walaupun masih panas, saya meminta Juita mengangkat keluar dari loyang. Heee akibatnya permukaannya yang masih panas telah menjadi retak.

Aduhaaai gara gara tak sabar. Kononnya saya nak snap gambar sebelum ke surau. Serius sangat sedap Brownies ini walaupun saya terpaksa menahan diri dari memakan makanan manis tapi tak terdaya hendak menahannya. Beberapa ketul juga habis dimakan.

Jom layan resepi mudah dan pasti menjadi kegemaran anak anak ini. Layaan...

Hi semua. Di atas permintaan ramai, kali ini Che Nom akan share resepi dan cara buat Cream Puff. Boleh buat berniaga punya. Ada beberapa bahagian dalam video iaitu klasik pastry cream, dan daripada situ kita sediakan diplomat cream untuk inti/filling.
Kemudian Che Nom akan tunjuk cara sediakan choux pastry dan kita akan bakar untuk jadikan cream puff. Rasa cream puff ini sangat lembut, creamy sebab inti tu dah rasa macam aiskrim bila makan sejuk-sejuk.

Buat rotiboy campak-campak pun dah sedap | Untuk pencinta roti Siapa kata susah nak buat roti yang sedap dan lembut macam dekat kedai? Haaaa. Cuba tengok ni dulu ^_^

Resepi Butir Nangka ialah sejenis hidangan pemanis mulut tradisi dari pantai timur. Dalam catatan resepi di bawah, Che Nom gunakan gula pasir sahaja. Boleh juga jika anda nak masukkan nisan atau gula melaka di dalam kuahnya dan warna kuah akan bertukar menjadi sedikit perang. Bagi Che Nom, bahan yang paling penting ialah halba kerana ia memberi rasa yang sangat unik kepada hidangan ini.

Pengat Labu Manis yang sedap dihidangkan sebagai pencuci mulut atau sebagai menu minum petang. Boleh dimakan bersama roti ataupun biskut. Kalau di sebelah utara hidangan ni dipanggil serawa labu. Che Nom memang suka sangat makan pengat labu ni. Bonda Che Nom selalunya akan rendam dahulu labu ni bersama air yang dicampur sedikit kapur makan seketika dan kemudian tapis sebelum dimasak. Tujuan supaya labu tak mudah hancur bila dimasak. Anda boleh cuba cara ni jika mahu.

Che Nom guna santan segar untuk pengat labu ni. Anda boleh gantikan dengan santan kotak jika suka (boleh rujuk bahagian tips).

Labu sangat kaya dengan kandungan vitamin A yang baik untuk mata. Labu juga dipercayai dapat mencantikkan kulit kerana mempunyai kandungan serat, mineral dan sumber antioksida yang tinggi. Macam-macam khasiat labu kan? Nak sediakannya pengat labu ni pun mudah aja.

Resepi Bubur Jagung, paling sedap buat hidangan minum petang. Resepi yang mudah, tetapi sungguh membuka selera. Kalau ada jagung segar anda boleh cuba masak bubur jagung. Che Nom letak gula melaka sebagai tambahan kepada gula pasir biasa. Untuk santan pula, seeloknya digunakan santan segar kerana rasanya lebih enak berbanding santan kotak.

Serius senang buat.. Kene try 🙂

Lotus Biscoff yang sedap sangat | Ramai req ni Merata tempat CikAin cari benda ni, akhirnya jumpa jugak. huhu Jangan lupa cuba ye guys!

Biskut Nutella Pot ni Serius Sedap tak cukup kalau beli, sebab harga dia agak kayangan. Kena buat Sendiri baru Puas, tak berebut.

Pavlova adalah sejenis pencuci mulut manis yang berasaskan meringue (putih telur). Ia dinamakan sempena nama seorang ballerina Rusia, Anna Pavlova. Bahagian luar mini pavlova ni rasa rangup seperti kerak dan bahagian dalamnya pula lembut dan ringan. Pavlova biasanya dihidangkan dengan krim putar dan juga dihias dengan buah-buahan.

 

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.
crossmenu
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram