login

Hari ini saya ingin kongsikan resepi Brownies yang sangat sedap. Bukan saya yang menyediakannya tetapi Juita. Saya hanya menemankan Juita supaya dia tak keseorangan. Juita menggunakan resepi dari Laura Vitale ini yang saya telah translate.

Semasa ianya masak, hari sudah hampir senja dan saya bergegas mahu ke surau. Walaupun masih panas, saya meminta Juita mengangkat keluar dari loyang. Heee akibatnya permukaannya yang masih panas telah menjadi retak.

Aduhaaai gara gara tak sabar. Kononnya saya nak snap gambar sebelum ke surau. Serius sangat sedap Brownies ini walaupun saya terpaksa menahan diri dari memakan makanan manis tapi tak terdaya hendak menahannya. Beberapa ketul juga habis dimakan.

Jom layan resepi mudah dan pasti menjadi kegemaran anak anak ini. Layaan...

Banyak pisang lebih dekat rumah, Sedap buat Muffin Pisang. Bukan budak je suka, kita yang dewasa pun minat!

Resepi Kek Coklat Moist, resepi yang pasti menjadi kegemaran keluarga anda, sesuai untuk dihidangkan pada majlis harijadi dan dihari raya. Hanya 6 bahan utama diperlukan.

Lotus Biscoff yang sedap sangat | Ramai req ni Merata tempat CikAin cari benda ni, akhirnya jumpa jugak. huhu Jangan lupa cuba ye guys!

Resepi ini agak remeh juga kerana perlu menggunakan banyak bekas untuk memukul telur putih secara berasingan. Jadi saya memang tak suka membuat kek yang remeh ni kerana kadang kadang rasanya tak banyak beza pun. Jadi kali ini, saya membuatnya mengikut cara membuat kek biasa jer. Mentega dan gula diputar sehingga kembang, kemudian masukkan ovallete, susu dan vanila. Pecahkan telur sebiji sebiji sambil terus diputar. 

Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kalau buat kek marble, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang disukai. Tuang dalam adunan dan loreklah sesuka hati. Haaa hentam gitu. Kek tetap naik dengan gebunya dan sangat moist. Jangan marah ya, tuan punya resepi. Lain kali memang boleh guna resepi ini lagi untuk membuat kek marble atau kek mentega.

Memang ramai dalam kalangan kita yang menggemari kek keju atau cheesecake. Antara variasi cheesecake yang menjadi kegilaan ramai buat masa sekarang adalah burnt cheesecake. Mempunyai rasa yang unik adalah penyebab kenapa kek cheese ini menjadi bualan ramai. Namun, ada juga dalam kalangan kita yang telah mencuba beberapa kali untuk buat burnt cheesecake ini tetapi tak menjadi!

Jadi, apa kata anda cuba buat burnt cheesecake ikut resepi mudah dalam masa 5 minit dah boleh siap tanpa menggunakan mixer. Memang senang!

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.
crossmenu
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram