login

Resepi Fettucine Carbonara, pada asasnya adalah pasta jenis fettucine yang dimasak bersama sos carbonara.
Sebelum tu Che Nom nak senaraikan jenis pasta yang kebanyakan terdapat di pasar raya seperti spaghetti, fettucine, fusilli, linguine, tagliatelle, penne, macaroni dan banyak lagi. Bezanya adalah dari segi bentuk dan juga kawasan asal-usul pasta ni. Untuk hidangan carbonara, selain fettucine boleh juga digantikan dengan spaghetti.

Resepi ni dikongsikan oleh sahabat baik Che Nom yang sekarang menetap di luar negara, dan tiada telur dalam sos carbonara ni. Mungkin cara ini adalah bertentangan dengan resepi klasik carbonara, tetapi rasanya sangatlah sedap dan sesuai untuk hidangan vegetarian. Akan datang Che Nom akan kongsikan resepi carnonara menggunakan telur di entri yang berlainan. Anda harus cuba resepi ni, mudah dan cepat dihidangkan. Kombinasi udang dan cendawan sangat sedap dan membangkitkan rasa sos carbonara.

Resepi Makaroni Goreng, versi kurang pedas dan sesuai disediakan untuk kanak-kanak dan boleh dijadikan menu utama di majlis hari jadi atau party khas untuk mereka. Buat sesetengah ibu yang dah buntu nak masak pa untuk anak pun boleh cuba resepi ni untuk pelbagaikan menu. Kalau nak pedas, boleh tambah cili kisar.

Resepi Spaghetti Aglio Olio, dalam banyak resepi goreng-goreng yang ni lah paling senang sekali nak disediakan. Dalam resepi aglio olio ini Che Nom gunakan seafood, tapi boleh juga jika anda nak masukkan hirisan isi ayam atau daging. Sosej pun boleh juga dimasukkan kalau suka.

Yang paling penting sekali ialah anda harus merebus spaghetti dengan cara yang betul kerana takut nanti spaghetti akan jadi lembik dan tak cantik teksturnya bila dimasak. Sila rujuk bahagian TIPS di bawah untuk cara merebus spaghetti dengan betul.

Kalau anda rujuk tips tersebut, Che Nom 'drizzle' minyak zaitun pada waktu akhir sekali iaitu pasa masa spaghetti sudah ditapis airnya dan bukannya masukkan minyak zaitun dalam air semasa merebus. Ini adalah kerana jika kita masukkan minyak zaitun semasa merebus, sebahagian besar minyak tu akan hilang bila kita tapis spaghetti dan ianya adalah satu pembaziran. Salutan minyak di permukaan spaghetti pun akan berkurang. Jadi eloklah dimasukkan minyak zaitun bila masa spaghetti itu sudah di tapis.

Selamat mencuba resepi yang mudah dan sedap ini 🙂

Resepi Shepherd's Pie atau nama lainnya Cottage Pie, menu classic British yang memang sangat sedap menggunakan 2 bahan utama iaitu daging dan kentang. Resepi ini diambil dari Chef Marco Pierre White, chef terkemuka British dan sangat dihormati. Untuk resepi asal Chef Marco menggunakan herba fresh Thyme, tetapi saya gantikan dengan dried bay leave. Ada yang mengatakan Shepher's pie mendapat nama dari Sheep kerana resepinya menggunakan lamb mince, tapi boleh aja kalau nak gunakan daging lembu atau ayam mengikut selera anda. Kentang pula lebih baik digunakan kentang USA, atau russet potatoes kerana teksturnya yang halus dan gebu untuk dibuat bahan asas iaitu mashed pototo. Sila ikut langkan demi langkah yang saya coretkan, anda pasti puas hati dengan hasilnya. Ok,cukuplah membebel dan jangan segan untuk mencuba ya 🙂

Resepi Ayam Buttermilk Paling Sedap 😍❤️

Dalam resepi ni saya cuma menggunakan american cheddar cheese saja. American cheddar cheese ni rasa dia lebih sedap daripada cheddar cheese yang biasa. Warna cheesenya oren. Tapi agak susah sikit nak jumpa. Selalunya saya beli kat Tesco. Kalau ada sesiapa yang nak beli mungkin boleh cuba cari di Tesco. Tapi kalau tak jumpa American cheddar cheese ni, boleh je guna cheddar cheese yang biasa. Then boleh jugak tambah cheese yang lain macam mozarella dan sebagainya. Tak kisah guna jenis yang slice atau parut. Saya cuma letak cheddar cheese sebab itu je yang ada kat rumah masa buat resepi ni. Hehe.. Kalau suka pedas boleh la tambah cili flakes @ serbuk cili. Maklum la perut melayu ni kan selalu suka pedas-pedas.

Jom layan dulu la video kat atas ni. Mesti menyelerakan. Baru la semangat nak masak. Jangan lupa subscribe ye lepas tengok video ni sebab banyak video yang best kat channel ni. hehe..

Melihatkan anak anak yang gemar sekali memakan spagethi Carbonara, saya memutuskan untuk cuba memasaknya sendiri. Setelah mencari berhari hari lamanya resepi dan petua untuk memasak pasta ini, saya telah memasak menggunakan resepi di bawah yang telah saya gabungkan dari beberapa resepi...

Jom layan resepinya....

Kali ini saya kongsikan resepi Lasagna yang tidak susah sangat untuk disediakan, cuma perlukan bahan yang berkualiti untuk dapatkan rasa yg sedap. Resepi ini menggunakan 3 jenis cheese iaitu keju cheddar, mozarella dan parmesan. Bagi kepingan lasagna pula, memang tidak perlu direbus dahulu jika kita gunakan instant lasagna, cuma kena pastikan sos bolognaise dan sos putih secukupnya untuk melembutkan lasagna semasa proses membakar.

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.
crossmenu
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram