login

Hi Semua, kali ini Che Nom nak masak satu hidangan ala-ala Korea, inspirasi dari youtuber korea yang terkenal iaitu Maangchi. Kalau masakan Korea mesti suka tengok Maangchi.

Che Nom nak sediakan Korean Honey Butter chicken versi yang pedas sikit, kira ada sedikit twist lah ikut citarasa Che nom, citarasa orang Melayu.

Ayam goreng style korea ini memang sedap, rangup, moist di dalam sebab guna kaedah double fry. Salutan ayam pun sedap, manis sikit sebab ada letak honey dan anak-anak pasti suka.

Che Nom akan sediakan Dakganjeong atau Ayam Goreng Korea yang bersalut dengan sos istimewa. Ayam Goreng Korea ni memang special sebab cara gorengannya supaya rangup iaitu goreng ayam sebanyak 2 kali. Memang betul-betul rangup hasilnya.

Dalam resepi ni Che Nom share 2 jenis sos iaitu yang pertama menggunakan sos gochujang.

Sos yang kedua pula ialah pilihan resepi kalau kita tak menggunakan gochujang. Anda boleh pilih versi yang mana satu. Kedua-dua versi sos ni sangat sedap rasanya.

Mesti ramai yg suka hidangan ni kan. Seriously, lagi sedap dari makan kat francais restoran Korea kat sini. Kos pun murah je kalau nak buat sendiri. Jangan guna tepung salut segera, ok.

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.
crossmenu
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram