Posted on Leave a comment

Resepi Mee Rebus

Berbalik cerita mi rebus yang che mat buat hari ni, disebabkan bahan2 dah ada (kecuali satu bahan yang takde, iaitu tauhu, tapi takde pun takpe, tak mencacatkan rasa, namun begitu seelok2nya kalau nak buat, kena lah ada baru lengkap). Resipi boleh dikatakan senang nak buat, che mat guna keledek oren dan campur dengan kentang untuk kuahnya. Selain tu, guna juga stok air rebusan daging dan ditambah udang kering untuk mendapat rasa yang lebih sedap. Biasanya mi rebus kuahnya sedikit manis, tapi yang ni ikut selera masing2lah, kalau nak manis, boleh tambah gula. Kalau di Johor, mi rebus akan dihidangkan dengan tepung rangup, sebagai bahan sampingan. Bagi yang nak mencuba, meh che mat kongsikan resipi nya di bawah ini..

Posted on Leave a comment

Resepi Mee Kari

Resipi mi kari che mat ini agak mudah dan kuah dia pun tak terlalu pekat. Che mat suka mi kari yang kuah dia sederhana pekat dan boleh dihirup, takmo lah pekat macam boleh cecah roti tu, tersedak nanti bila hirup. Rencah dia che mat guna ayam, tapi boleh ganti dengan daging atau tulang. Nak lagi sedap dalam kuah tu kita masukkan sedikit udang kering dan belacan. Belacan tu toksah banyak2, buat syarat saja, guna sebesar hujung jari cukup lah. Che mat masukkan juga bebola ikan dan tauhu pok. Mi kari paling ngam kita guna tauhu pok, sebab tauhu ni dia berongga dan akan menyerap kuah. Sedikit kacang buncis sebagai sayuran tambahan. Jika suka boleh juga masukkan terung dan tomato, tapi toksah banyak sangat, nanti jadi kuah dalca pulak. Bagi menambah rasa, boleh ditambah isi kerang rebus, tapi che mat ganti dengan isi kupang. Dan sambal tumis masa nak makan nanti, sambal tumis tu pun ringkas, cuma guna sedikit belacan sebagai rencah…Bagi yang nak mencuba, boleh semak resipi kat bawah ni…
Posted on Leave a comment

Resepi Ayam Sos Lemon Bermadu

Assalammualaikum, salam Sabtu, sekejap saja dah masuk 2 hb Januari 2016. Anda masak apa hari ni, mesti ramai yang sibuk memandangkan sekolah akan dibuka esok dan lusa bagi setengah2 negeri. Hari ni che mat laksanakan resipi yang sudah tertangguh agak lama. Memandangkan ada baki 2 keping dada ayam kurang lebih 450 gram, maka ku jadikan ayam sos lemon bermadu. Kalau guna kepak ayam lagi sedap. Yang ni kira ayam tanpa tulang jadi kalau anak2 nak makan takde lah risau. Ia agak mudah dibuat dan che mat guna sebiji lemon untuk resipi ini. Rasa masam2 manis jus lemon dan madu cukup menyelerakan, dah lah tu, bau dia pun harum. Kulit lemon diparut, tapi pastikan anda parut bahagian kuning sahaja, yang bahagian putih pahit. Sedap dimakan bersama nasi panas atau boleh juga dimakan bersama nasi minyak….Resipi seperti berikut…

Posted on Leave a comment

Resepi Asam Pedas Ikan Pari

Resepi Asam Pedas Ikan Pari yang mudah dan sangat menyelerakan. Ikan Pari memang sangat sedap kalau dimasak asam pedas. Cuma pastikan basuh ikan pari bersama sedikit pati asam jawa supaya hilang bau hanyirnya.

Hidangan ini sedap dimakan bersama ulam sambal belacan, atau juga bersama ikan pekasam yang digoreng pedas bersama cili padi. Memang hidangan yang membuka selera. Che Nom bertanyakan resepi ini dari kawan orang Melaka, silalah cuba ye. Boleh rujuk video YouTube pada link di bawah untuk cara-cara yang lebih menarik dan jelas.

Posted on Leave a comment

Resepi Sup Ayam

Resepi Sup Ayam Istimewa, lebih sedap dan pekat dari biasa kerana tidak menggunakan rempah sup bunjut seperti yang dijual di pasaran dan sebagai ganti, ramuan rempah ratus dimasukkan ke dalam sup ini. Oleh kerana kuah nya yang lebih pekat, sup ini juga sesuai dimakan bersama roti ataupun makaroni berbanding kebiasaan kita makan ia bersama nasi.

 

Selain membantu menambah selera, sup ayam juga terkenal sebagai hidangan yang boleh membantu orang yang kurang sihat seperti demam atau selsema supaya cepat pulih kerana dipercayai mengandungi “immunity booster” yang semulajadi hasil dari rebusan tulang ayam atau “chicken bone broth” yang direneh perlahan di dalam sup.

Jadi, bagi anda yang ingin mencari sedikit kelainan boleh lah cuba resepi di bawah.

Posted on Leave a comment

Resepi Soto Ayam Istimewa

Resepi Soto Ayam Istimewa, memang sangat istimewa kerana pembantu rumah Che Nom dari Medan yang bagi resepi ni. Sebelum masak Che Nom tanya dulu bahan-bahan dan cara-caranya. Bukannya susah sangat cuma memerlukan masa yang agak panjang untuk disediakan. Ternyata sedap dan memang tak jemu dimakan.

Kalau time raya atau open house boleh la nak hidangkan Soto Ayam untuk tetamu. Soto Ayam harus dipadankan bersama Begedil (resipi di sini). Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh komen di bawah resipi… InsyaAllah Che Nom akan jawab. Cuba lah ya! 🙂

Posted on Leave a comment

Resepi Ayam Madu

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat nak kongsikan satu resipi yang sesuai untuk semua peringkat umur. Resipi ayam madu melekit, atau orang putih sebut sticky honey chicken. Tapi dalam bahasa melayu lagi sedap lah bunyi dia. Resipi dia memang mudah dan tak banyak bahan2. Ayam tu pulak boleh guna apa2 bahagian yang kita suka, tapi che mat syorkan guna bahagian kepak atau peha. Kalau guna bahagian dada, kita boleh jadikan isi ayam tu sebagai inti sandwich atau taruk dalam roti pita. Dari gambar nampak memang betul2 melekit kan, dah agak gelap sikit, yang gelap tu sebab ada guna kicap. Eh, nampak macam ada kacang tanah ajer, yang tu memang kacang tanah, tak taruk pun takpe, optional, che mat saja letak sebab ada belen kacang dalam balang, tak banyak pun, kurang lebih satu sudu besar saja, rimas tengok tak habis2, ku cempakkan masuk, kan kita yang buat dia, yea dak…

Bagi yang suka pedas, boleh tambah sedikit chili flakes atau nak lebih seksi lagi, masukkan sedikit cilipadi, tapi jangan banyak2, kang menyenggau pulak, awas yea, kalau dah taruk cili padi, toksah pi sumbat ayam tu kat anak2 kecil, kesian budak tu kang, terseksa menahan kepedasan. Che mat ada juga guna cili, tapi cili kering, tu pun dalam 3 tangkai saja. Ayam madu melekit ni paling ngam dirataj saja. Tapi kalau nak makan dengan nasi pun ok.

Posted on Leave a comment

Resepi Rendang Daging Hari Raya

Hi semua, atas permintaan ramai, kali ni Che Nom akan sediakan menu istimewa ni…sempena Aidilfitri yang bakal tiba tak berapa hari je lagi. Ada 2 kaedah masak rendang iaitu bertumis dan tak bertumis, dan kali ni Che Nom sediakan versi tumis, sebab tgk Aunty Aini yang femes dengan rendangnya tu masak dgn Gordon Ramsey rendang daging style yang bertumis dan memang Che Nom suka versi mcm ni.

Posted on Leave a comment

Resepi Daging Kerutub

Resepi Daging Kerutup yang sangat istimewa bagi Che Nom kerana resepi asal diperolehi dari sahabat baik yang berasal dari Terengganu, resepi asli yang diturunkan dari bondanya yang tersayang. Kebanyakan resipi lain menggunakan lengkuas, kunyit dan serai, tetapi TIDAK untuk resipi ini.

Rempah kerutub ni pun Che Nom beli khas dari Terengganu. Rempahnya sangat berbau harum dan unik. Boleh digantikan dengan ayam jika anda suka dan boleh dipadankan bersama nasi minyak atau pulut kuning. Memang sangat sedap Daging Kerutub ni…rugi kalau anda tak cuba.