Login

07/07/2021

Resepi Nasi Goreng Tomyam

Masa Penyediaan: 10 minit
Masa Memasak: 15 minit
Jumlah Hidangan: 4 orang
Masa Penyediaan:
10 minit
Masa Memasak:
15 minit
Jumlah Hidangan:
4 orang
Simpan Resepi 0

Hi semua, tiba-tiba terasa rindu pulak dengan makanan restoran Thai lepas raya ni….jadi harini Che Nom nak masak Nasi Goreng Tomyam..Rasa masam2 dan beraroma dari tomyam paste, ditambah pulak dengan pedas dari cili padi dan beberapa bahan penting lain…cukup sedap kalau dihidang panas-panas

Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

  • Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:
    • 2-3 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 5-6 tangkai cili padi
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • minyak masak
    • 2 sudu besar pes tomyam
    • 1/2 batang lobak merah
    • 1 batang serai
    • 2 keping kek ikan
    • sedikit air
    • 1 ikat kecil sawi (asing batang dan daun)
    • 5-6 ekor udang
    • 1 biji telur
    • 3 ekor sotong
    • 4-5 cawan nasi
    • 2 sudu besar sis ikan Thai
    • sedikit lada sulah
    • 2 sudu besar kicap cair
    • 2-3 helai daun limau purut
    • 1 sudu besar kicap manis
    • timun
    • keropok keping
Cara Masak

Cara - Cara

  1. Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  2. Masukkan dalam lesung batu dan tumbuk halus.
  3. Asingkan batang dan daun sayur sawi dan potong.
  4. Potong dadu carrot.
  5. Hiris nipis serai, fish cake dan timun.
  6. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
  7. Masukkan carrot, paste tomyam, batang sawi, fish cake dan air sikit (supaya paste tomyam larut).
  8. Masukkan serai.
  9. Masukkan udang dan telur.
  10. Masukkan sotong.
  11. Tambah minyak jika perlu (nasi kalau kurang minyak jadi x berapa garing).
  12. Sekarang masukkan nasi (lagi elok kalau guna nasi sejuk atau dimasak semalam sebab tak melekat).
  13. Masukkan nasi sikit-sikit supaya senang nak kacau sekata.
  14. Masukkan sos ikan Thai.
  15. Tambah sedikit lada sulah.
  16. Tambahkan kicap cair (optional).
  17. Masukkan daun sawi.
  18. Masukkan daun limau purut yang telah dicarik.
  19. Tambah minyak jika perlu.
  20. Kacau sehingga ada kesan garing dari kuali sikit.
  21. Tambah sikit kicap manis.
  22. Hidang dengan hirisan timun dan keropok goreng.
  23. Boleh tambah cili potong dan sambal belacan.
Tips / Nota

Tips

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram