Resepi Ayam Golek
Masa penyediaan:
15 minit
15 minit
Masa memasak:
30 minit
30 minit
Jumlah hidangan:
5 - 6 orang
5 - 6 orang
Bahan - bahan
- 1 ekor ayam
- 4 biji buah keras
- 6 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- ½ inci lengkuas
- 15 tangkai cili kering
- 5 biji cili api (Semua buah keras, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas, cili kering & cili api dikisar bersama)
- 3 batang serai (Diketuk)
- 5 helai daun limau purut (Dikoyak)
- 3 cawan santan
Cara Masak
- Bersihkan ayam dan tuskan.
- Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan
serai sehingga wangi. - Masukkan ayam, daun limau purut, garam, dan santan. Masakkan
sehingga kuah pekat. - Keluarkan ayam dari kuah kemudian letakkan ayam di dalam loyang dan panggang di dalam ketuhar pada suhu 200ºC selama
30 minit. - Angkat ayam dari ketuhar. Tuang kuahnya di atas ayam tadi ketika
mahu menghidang.