Login

26/06/2021

Resepi Ayam Kam Heong

Masa Penyediaan: 30 minit
Masa Memasak: 30 minit
Jumlah Hidangan: 5 orang
Masa Penyediaan:
30 minit
Masa Memasak:
30 minit
Jumlah Hidangan:
5 orang
Simpan Resepi 0

Resepi Ayam Masak Kam Heong ringkas & sedap. Khas untuk peminat masakan pedas! 🌶🌶🌶

Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

  • 1kg kepak ayam
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang kuning
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji cili padi merah
  • 1 genggam daun kari
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
Cara Masak

Cara - Cara

1. Dalam satu mangkuk, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, tepung jagung, garam dan lada hitam.

2. Gorengkan ayam sehingga separuh masak dan berwarna keperangan. Ketepikan

3. Dalam kuali asing, tumis bawang putih, bawang kuning, cili merah, cili padi merah dan daun kari sehingga wangi.

4. Masukkan serbuk kari dan tumis seketika.

5. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Masukkan garam, gula dan lada hitam secukup rasa. Tumis seketika.

6. Masukkan ayam yang telah digoreng dan masakkan sehingga ayam masak penuh dan kuah rata.

Ayam Masak Kam Heong sudahpun siap untuk dihidang!

Tips / Nota

Tips

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram