Login

11/07/2020

Resepi Ayam Kung Pao

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 15 minit
Jumlah Hidangan: 4 orang
Masa Penyediaan:
15 minit
Masa Memasak:
15 minit
Jumlah Hidangan:
4 orang
Simpan Resepi 0

Hi Semua, untuk kali ini kita masak menu Chinese style pula iaitu Ayam Kung Pao. Ayam Kung Pao versi dalam video ini tak sama macam versi klasik sebab Che Nom ada tambah dan tukar dengan beberapa bahan yang Che Nom suka tapi masih lagi kekalkan konsep asas masakan ni. Resepi kali ni pun adalah resepi upgrade dari versi yang lepasAyam kung pao ini kalau untuk tekak melayu, memang kena sangat rasanya sebab ada rasa pedas dari cili kering dan rasa lemak-lemak manis dari kacang atau gajus dan sos soya. Cukup simple dan sedap kalau makan dengan nasi panas saja.

Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

  • Bahan-bahan untuk perapan ayam:
    • 400g atau 2 keping isi ayam
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • 2 sudu besar kicap cair
  • Bahan-bahan untuk sos:
    • 2 sudu besar kicap manis
    • 2 sudu besar kicap cair
    • ½ sudu besar minyak bijan
    • 1 sudu besar tepung jagung
    • 1 sudu besar gula
    • 3-4 sudu besar air
  • Bahan-bahan untuk lain-lain:
    • 1 senduk minyak masak
    • ½ mangkuk kecil gajus atau kacang tanah
    • 6-7 tangkai cili kering
    • 3-4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • capsicum
    • ¼ biji bawang holland atau bawang merah
    • daun bawang
Cara Masak

Cara - Cara

  1. Cara-cara untuk ayam kung pao:
    1. Potong cili kering, bawang holland, daun bawang, bawang putih dan halia.
    2. Potong ayam dalam bentuk kiub lalu gaul rata tepung jagung dan kicap cair.
    3. Perap seketika ayam tersebut.
    4. Pada bekas asing, masukkan kicap manis, kicap cair, minyak bijan, tepung jagung, gula dan air lalu kacau kesemua bahan hingga sekata.
    5. Panaskan minyak dan goreng gajus atau kacang tanah sehingga keperangan lalu angkat.
    6. Goreng cili kering dan masukkan isi ayam sehingga ayam kelihatan keperangan.
    7. Masukkan hirisan bawang putih dan halia, lalu gaul sehingga naik bau.
    8. Sesudah itu, masukkan lada benggala, bancuhan sos, sedikit air (jika perlu), bawang holland dan gajus.
    9. Tambah garam jika perlu.
    10. Masukkan daun bawang dan sambung sehingga masak.
    11. Kemudian, ayam kung pao siap dan boleh dihidang.
Tips / Nota

Tips

  • Masak ayam diatas api yang besar dan kacau dengan cepat supaya ayam kung pao menjadi lebih ‘juicy’, lembut’ dan masak sempurna.
Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram