Resepi Ayam Masak Bali

Masa penyediaan:
10 minit
Masa memasak:
15 minit
Jumlah hidangan:
4 orang

Resepi Ayam Masak Bali yang pernah menjadi viral di Facebook, dan setelah mencuba masak Ayam Bali ni terus terang Che Nom katakan yang rasanya sangat-sangat sedap. Bahan pun mudah sahaja dan masa penyediaan pun tidak terlalu lama.

Bahan - bahan
  1. 1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
  2. 1 camca teh penuh kunyit serbuk*
  3. 3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
  4. 6 batang serai, diketuk
  5. 4 pelepah daun kari
  6. 1 camca besar kicap lemak manis JALEN
  7. 1/3 cawan cili kisar
  8. 1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
  9. Garam secukup rasa
  10. 1/2 cawan air

Bahan kisar:

  1. 4 biji bawang besar
  2. 8 ulas bawang putih
  3. 1 inci halia
  4. 1/2 inci belacan
Cara Masak
  1. Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing.
  2. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minya.
  3. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap.
  4. Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala.
  6. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Add to Favorites 0
Resepi Oleh:
Cuba resepi ini ..