Login

25/06/2021

Resepi Ayam Masak Merah

Masa Penyediaan: 30 minit
Masa Memasak: 30 minit
Jumlah Hidangan: 5 orang
Masa Penyediaan:
30 minit
Masa Memasak:
30 minit
Jumlah Hidangan:
5 orang
Embed HTML not available.
Simpan Resepi 0
Sebetulnya gambar yang saya ambil ini tidak justify pada rupa sebenar Ayam Masak Merah saya yang memang cantik. Maklumlah matahari dah terbenam. Tidak cukup cahaya. Ianya berwarna merah cantik sekali. Bukan sahaja kejadian yang cantik tapi rasanya memang wallaaa sedap giler.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Saya gunakan sedikit gula kerana dalam sos cili telah ada rasa manis. Bila kita menggunakan sos cili dan sos tomato, sambal akan menjadi cantik berkilat. Jom layan.
Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong 6
3 sudu besar cili kisar - ikut suka pedas
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili Maggi atau secukup
2 sudu besar sos cili tomato atau secukupnya
1/2 biji bawang besar Holland - hiris
Daun sup/daun bawang - tabur
Bahan kisar:
1 1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Cara Masak

Cara - Cara

1. Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian digoreng hingga masak. Jangan terlalu garing. Angkat dan        ketepikan.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar hingga masak.
3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi dengan api perlahan sehingga cili masak. Masukkan gula dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Masukkan sedikit air. Kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris. Kacau sehingga bawang separuh layu, masukkan ayam goreng.
6. Kacau sebati sehingga bawang besar layu. Sesuaikan rasa. Bolehlah angkat dan dihidangkan. Jika ada, boleh tabur daun sup atau daun bawang.
Tips / Nota

Tips

Cara saya untuk sambal berwarna cantik adalah dengan memasuk gula terlebih dahulu selepas cili garing.
Jika suka, boleh juga ditumis sekali kulit kayu manis dan bunga lawang. Saya tak letak sebab mahu cepat.
Jika mahu sedikit lemak, boleh masukkan sedikit susu cair. Saya tak letak kerana suka sambal yang berwarna merah cantik.
Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram