Login

26/06/2021

Resepi Ayam Masak Paprik

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 15 minit
Jumlah Hidangan: 3 orang
Masa Penyediaan:
15 minit
Masa Memasak:
15 minit
Jumlah Hidangan:
3 orang
Embed HTML not available.
Simpan Resepi 0

Resepi Ayam Masak Paprik berasal dari negara Thailand . Bahan penting dalam masakan ini ialah sos ikan, sos tiram dan daun limau purut, inilah tips yang paling penting yang Che' Nom dapat dari tukang masak Thai, tanpa ketiga-tiga bahan wajib ini masakan ini takkan merasa "kick"nya.

Pedas, masam dan aroma lazat dari limau purut adalah sebab mengapa Paprik Ayam ini adalah masakkan menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia sekian lama. Simple, sedap dan cepat untuk disediakan. Selamat mencuba.

Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

  • 300 gram ayam (campuran bahagian isi dan tulang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 cm halia (hiris nipis)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil pes tomyam
  • 1 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 biji cili api (dititik)
  • 1/2 labu bawang besar (hiris kasar)
  • sedikit air
  • sedikit sos ikan (optional)
  • sayur (bunga kubis,kacang panjang dan capsicum hijau)
Cara Masak

Cara - Cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar dan pes tom yam hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 atas api yang besar.
  3. Masukkan bahan-bahan lain beserta air, kacau hingga kuah menjadi pekat.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih yang panas.
Tips / Nota

Tips

  • Kalau nak pedas boleh tambah cili api.
Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram