Login

06/07/2021

Resepi Bihun Sup Utara Special

Masa Penyediaan: 60 minit
Masa Memasak: 30 minit
Jumlah Hidangan: 7 - 8 orang
Masa Penyediaan:
60 minit
Masa Memasak:
30 minit
Jumlah Hidangan:
7 - 8 orang
Simpan Resepi 0

Bihun Sup Utara dari sup tulang. Che Nom akan tunjukkan cara nak masak sup tulang dan penyediaan lengkap bihun sup utara. Ciri-ciri wajib ialah kuahnya yang berempah, tapi tak terlalu pekat, kalau letak tulang memang sedap sangat. Bihunnya berwarna kuning, dihidangkan dengan sambal merah, dan condiment yang wajib seperti lobak masin, limau nipis dan lain-lain. Kalau buat makan ramai-ramai memang best sangat menu ni.

Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

  • Bahan-bahan untuk tumbuk/kisar:
    • 6-7 biji bawang merah
    • 6 ulas bawang putih
  • Bahan-bahan untuk sup tulang:
    • Anggaran 1 kilo bahagian tulang lembu
    • Anggaran 300g isi daging
    • Batang sup
    • Batang/pangkal daun bawang
    • 2 inci halia
    • 1 bungkus sup bunjut
    • ½ sudu besar serbuk jintan manis
    • ½ sudu besar serbuk jintan putih
    • 1 ½ sudu besar serbuk ketumbar
    • ½ sudu besar serbuk lada hitam
    • 1 batang serai
    • Air secukupnya
    • Garam, secukup rasa
    • 1 sudu kecil lada sulah
    • ½ kiub pati lembu/ayam
  • Bahan-bahan untuk rempah 4 sekawan
    • batang kayu manis
    • 3 kuntum cengkih
    • 4 biji buah pelaga
    • 2 kuntum bunga lawang
  • Bahan-bahan untuk bihun:
    • 1 pek / 500g bihun
    • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • Bahan-bahan untuk sambal merah:
    • ½ cawan minyak masak
    • 4-5 sudu besar cili kisar
    • 2 sudu besar serbuk cili
    • 2 sudu besar sos cili
    • ½ cawan air asam jawa
    • garam, secukup rasa
    • Anggaran 2 sudu besar gula
  • Bahan-bahan untuk taburan:
    • lobak masin
    • limau nipis
    • hirisan daun sup
    • hirisan daun bawang
    • bawang goreng
Cara Masak

Cara - Cara

  1. Cara-cara untuk sup tulang:
    1. Masukkan daging dan tulang, bahan-bahan sup serta bahan tumbuk bersama.
    2. Masukkan air mengikut kesesuaian dan rebus selama 2 jam.
    3. Selepas sup sudah mula mendidih, letakkan garam secukup rasa, lada sulah dan kiub pati lembu/ayam.
  2. Cara-cara untuk bihun:
    1. Rendam bihun didalam air yang dimasak lalu masukkan ½ sudu serbuk kunyit dan biarkan sehingga bihun menjadi lembut.
    2. Kemudian, toskan air dan bilas bihun dengan air sejuk agar proses pemanasan bihun berhenti.
  3. Cara-cara untuk sambal merah:
    1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
    2. Masukkan bahan-bahan untuk sambal merah seperti cili kisar, cili serbuk dan sos cili. Pastikan bahan dimasak dengan betul-betul sehingga menjadi pekat dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika perlu.
    3. Selepas itu, masukkan air asam jawa, garam secukup rasa dan gula. Lebihkan gula untuk rasa sambal yang lebih sedap.
Tips / Nota

Tips

  • Pilihan daging untuk dibuat sup lebih sedap dan lembut pada bahagian urat jika nak dibandingkan dengan bahagian batang pinang.
  • Jika menggunakan pressure cooker, anggaran masa untuk merebus sup adalah selama 40-60 minit untuk daging menjadi lembut.
  • Sotong kering atau sedikit belacan boleh dicampurkan sekali di dalam sambal merah jika mahu.
Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram