Login

06/07/2021

Resepi Brownies

Masa Penyediaan: 30 minit
Masa Memasak: 50 minit
Jumlah Hidangan: 5 orang
Masa Penyediaan:
30 minit
Masa Memasak:
50 minit
Jumlah Hidangan:
5 orang
Embed HTML not available.
Simpan Resepi 0

Hari ini saya ingin kongsikan resepi Brownies yang sangat sedap. Bukan saya yang menyediakannya tetapi Juita. Saya hanya menemankan Juita supaya dia tak keseorangan. Juita menggunakan resepi dari Laura Vitale ini yang saya telah translate.

Semasa ianya masak, hari sudah hampir senja dan saya bergegas mahu ke surau. Walaupun masih panas, saya meminta Juita mengangkat keluar dari loyang. Heee akibatnya permukaannya yang masih panas telah menjadi retak.

Aduhaaai gara gara tak sabar. Kononnya saya nak snap gambar sebelum ke surau. Serius sangat sedap Brownies ini walaupun saya terpaksa menahan diri dari memakan makanan manis tapi tak terdaya hendak menahannya. Beberapa ketul juga habis dimakan.

Jom layan resepi mudah dan pasti menjadi kegemaran anak anak ini. Layaan...

Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

½ cawan unsalted butter - suhu bilik
10 oz/283 gm semisweet chocolate - cairkan
1 cawan gula kaster
¼ sudu kecil garam
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
2 ½  sudu besar serbuk koko
½  sudu kecil serbuk espresso segera
1 cawan snickers - cincang - tak letak pun
Cara Masak

Cara - Cara

1. Panaskan oven pada suhu 175C. Letakkan baking paper dalam loyang berukuran 8x8". Lebihkan keluar sedikit dari loyang.
2. Menggunakan mixer, putar mentega dan gula sebelum dimasukkan telur dan diputar sehingga bergaul rata.
3.Satukan tepung gandum, serbuk koko, serbuk espresso dan diayak. Masukkan coklat yang dicair. Kacau rata. Kemudian masukkan bahan tepung yang diayak dan digaul hingga sebati. Kemudian masukkan snickers dan gaul rata.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar selama 35-40 minit. Setelah masak, biarkan betul betul sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan. Selamat mencuba...
Tips / Nota

Tips

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram