Login

30/06/2021

Resepi Buah Melaka atau Onde-Onde

Masa Penyediaan: 20 minit
Masa Memasak: 10 minit
Jumlah Hidangan: 4 orang
Masa Penyediaan:
20 minit
Masa Memasak:
10 minit
Jumlah Hidangan:
4 orang
Simpan Resepi 0

Hi Semua, kali ni CN nk sediakan kuih legend kegemaran ramai iaitu buah melaka, atau ada juga yg pangil onde-onde... Buah melaka yg sedap mestilah sedikit kenyal, tak terlalu keras, gula di tengahnya pecah cair bila kita gigit, dan juga rasa sedap dari lemak masin salutan kelapa parut.

Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

  • Bahan-bahan untuk jus pandan:
    • 5-6 helai daun pandan
    • 1 1/2 cawan air
  • Bahan-bahan lain:
    • 1 cawan tepung pulut
    • 2 sudu besar tepung beras/ tepung gandum
    • 1/4 sudu kecil pewarna hijau
    • gula nisan/ gula melaka secukupnya
    • air rebusan secukupnya
    • 1/2 biji kelapa parut
    • garam secukup rasa
Cara Masak

Cara - Cara

  1. Gunting kasar daun pandan, bland dengan air dan tapis dan ambil airnya.
  2. Masukkan tepung pulut dan tepung beras,
  3. Tuang air daun pandan sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan pewarna hijau (optional).
  5. Uli sehingga menjadi doh dan ketepikan.
  6. Potong kepada kiub kecil gula nisan @ gula melaka.
  7. Sementara itu, gaulkan kelapa parut dengan garam secukup rasa untuk membangkitkan rasa berlemak kelapa parut (boleh kukus dulu kelapa parut untuk tahan lebih lama).
  8. Kemudian ambil secubit doh, uli bulat dan leperkan.
  9. Letak gula ditengah, tutup rapat dan bulatkan sekata.
  10. Panaskan air, air perlulah dalam jumlah yang banyak supaya x padat sangat dan ada ruang untuk buah melaka timbul bila masak nanti.
  11. Api sederhana, tak perlu kuat sangat takut inti gula keras lagi dah terapung kat atas.
  12. Bila dah terapung, bolehla angkat dan gaul dengan kelapa parut ketika masih lagi panas.
Tips / Nota

Tips

  • Doh jangan sikit sangat takut pecah keluar air gula bila rebus nanti.
Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram