Login

06/07/2021

Resepi Char Kuey Teow Kerang

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Jumlah Hidangan: 3 orang
Masa Penyediaan:
15 minit
Masa Memasak:
20 minit
Jumlah Hidangan:
3 orang
Embed HTML not available.
Simpan Resepi 0

Apa makna char kuey teow kalau takde kerang, jadi che mat beli isi kerang frozen, boleh beli di Speedmart99. sebungkus tu dalam RM 5 +, ok lah walaupun isi kerang dia tak besar mana, tapi sedap dan lembut. Satu lagi benda wajib ada kalau goreng kuey teow, kucai dan taugeh, yang tu kalau takde nampak macam kurang, macam char kuey teow OKU ajer kan. Tapi yang tak makan taugeh atau kucai tu tak perlu lah taruk, bukan paksa, yang nak makan pun tekak sendiri. Tak payah nak rasa bersalah sangat. Memasak ni pada che mat, paling utama ikut selera kita dan keluarga dulu, kendian baru kita pikirkan pasal orang lain. Ha, mana yang payah nak dapat kerang, boleh ganti dengan udang, sotong. isi ayam atau daging. Jangan kemurungan ok...Resipi boleh semak kat bawah ni...

Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

BAHAN-BAHANNYA :
500 gram kuey teow
Taugeh secukupnya
Kucai secukupnya, dikerat
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1/3 cawan isi kerang
2 biji telur, dipukul sedikit
Kicap cair secukup rasa
1 - 2 camca besar cili kisar

BAHAN-BAHAN SOS :
2 camca besar penuh sos tiram
1 camca besar sos ikan
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap lemak manis
1 camca teh lada sulah
1/2 camca teh minyak bijan

Cara Masak

Cara - Cara

  1. Satukan semua bahan2 sos ke dalam mangkuk dan kacau hingga rata dan sebati. Kuey teow ditaruk ke dalam tapis dan cuci bawah air paip, tos dan ketepikan. Isi kerang segar dicuci dan toskan, jika guna isi kerang rebus, tak perlu dicuci.
  2. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum dan perang. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan isi kerang, kacau rata dan masak sekejap. Besarkan api, dan masukkan kuey teow, gaul hingga rata.
  3. Tuang bahan2 sos, kacau hingga sos sebati dengan kuey teow. Tolak kuey teow ke tepi kuali. Tuang telur, jika perlu masukkan sedikit minyak. Masak hingga telur kental dan kacau hancur. gaul dengan kuey teow tadi.
  4. Rasa dan jika kurang masin, boleh renjiskan kicap cair. Masukkan kucai, kacau dan akhir sekali masukkan taugeh, kacau hingga rata dan terus matikan api. Jangan masak lama2 nanti taugeh lembik dan tak ranngup. Hidangkan panas dengan cili hijau jeruk , jika suka...Selamat mencuba!
Tips / Nota

Tips

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram