Resepi Churros & Sos Coklat

Masa penyediaan:
15 minit
Masa memasak:
10 minit
Jumlah hidangan:
15 - 20 churros

Hi Semua, jom layan cara Che Nom buat Churros….yang bersalut cinnamon sugar…rangup sangat, dicicah bersama sos coklat yang pekat sedap. Buat minum petang memang terbaik lah. Berebut-rebut makan 🙂

Bahan - bahan
  • Bahan-bahan untuk churros:
    • 1 cawan / 250ml air
    • 1 sudu besar / 13g gula kastor
    • 1/4 sudu kecil garam (kalau guna mentega tak bergaram)
    • 1/4 cawan / 56g mentega
    • 1 cawan / 125g tepung gandum
    • 2 biji telur
    • 1 sudu kecil esen vanilla
    • minyak masak, untuk menggoreng
  • Bahan-bahan untuk sos coklat:
    • 1 cawan / 125g dark chocolate (coklat masakan, yg bar pun ok)
    • 1/2 cawan /125ml susu full cream
    • 2 sudu besar / 28g mentega (kalau guna mentega tak bergaram)
Cara Masak
  1. Cara untuk masak churros:
    1. Masukkan air, gula kastor, garam (kalau guna unsalted butter) dan mentega kedalam periuk dan panaskan sampai mendidih.
    2. Tutup api dan masukkan tepung gandum.
    3. Masak tepung sampai bergumpal keras dan lincin baru doh tak lembik (kacau tepung anggaran 10-15 minit).
    4. Sejukkan 5-10 minit.
    5. Masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan tepung tadi, jangan masuk semua telur sekali, kalau masuk sebiji dah lembik, tak perlu lagi masuk telur yang ke 2.
    6. Kemudian masukkan esen vanila dan kacau lagi sehingga sekata.
    7. Sediakan piping bag, gunting dihujuk plastik dan masukkan nozzle.
    8. Masukkan adunan dalam piping bag.
    9. Panaskan minyak dan pipe doh tadi mengikut size dan panjang yang anda suka.
    10. Angkat bila keperangan.
    11. Gaul gula kastor dan sedikit serbuk kayu manis.
  2. Cara untuk masak sos coklat:
    1. Cairkan coklat gelap, susu full cream dan mentega.
    2. Kacau sampai larut.
    3. Masukkan secubit garam (kalau guna butter tak bergaram).
Add to Favorites 0
Resepi Oleh:
Che Nom
Cuba resepi ini ..