Login

06/07/2021

Resepi Corn Dog Cheese Mozarella

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 5 minit
Jumlah Hidangan: 6 - 7 batang
Masa Penyediaan:
15 minit
Masa Memasak:
5 minit
Jumlah Hidangan:
6 - 7 batang
Simpan Resepi 0

Korean street style corndog, yang mudah disediakan…bahan utama ialah mozzarella cheese block, kerana kita nk dapatkan texture cheese yg melted bila digigit time panas-panas. Memandangkan cuti sekolah dah dekat, ini adalah antara makanan/snack yg boleh kita sediakan untuk anak-anak..senang sbb boleh buat stok frozen jugak.

Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

  • Bahan-bahan untuk corn dog:
    • air secukupnya ,untuk rebus hotdog
    • 6-7 batang hotdog
    • 2 ½ cawan tepung gandum
    • 1 sudu besar gula
    • 2 sudu kecil baking powder
    • susu full cream, anggaran 2 cawan
    • 1 biji telur
    • 1 sudu besar serbuk cheese parmesan, optional
    • 1 sudu kecil garam
    • serbuk breadcrumb, anggaran 1 1/2 cawan
    • cornflakes, anggaran 1 cawan
    • 250g cheese mozzarella blok
    • lidi satay
    • sedikit tepung gandum
    • mayonis
    • sos cili
Cara Masak

Cara - Cara

  1. Panaskan air. Rebus hotdog dalam air mendidih selama 2-3 minit. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan tepung gandum, gula dan baking powder ke dalam mangkuk.
  3. Tuang sedikit susu full cream dan telur. Kacau supaya agak sekata.
  4. Tambah susu full cream sikit demi sedikit sehingga mendapat kepekatan yg sesusai.
  5. Masukkan serbuk cheese parmesan dan garam, kacau sebati. Rehat adunan dalam peti ais selama 10 minit.
  6. Ramas cornflakes sehingga menjadi serbuk kasar. Gaulkan dengan serbuk bread crumbs. Ketepikan.
  7. Potong ketulan cheese mozzarella kepada kiub kecil anggaran panjang dan lebar 2cmx2cm.
  8. Potong sosej kepada 2 atau 4 bahagian (ikut suka anda).
  9. Ambil lidi satay, cucuk sosej dan selang seli dengan cheese mozzarella. Ulang sampai habis.
  10. Tabur atau golek-golekkan atas tepung gandum
  11. Tuang adunan yang direhatkan tadi ke dalam cawan yang tinggi sehingga hampir penuh.
  12. Celup lidi corn dog ke dalam cawan adunan, angkat dan salut dengan serbuk cornflakes dan bread crumbs. Tekan-tekan sikit dgn tangan supaya kemas.
  13. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan toskan atas kertas tisu.
  14. Boleh hias dengan mayonis dan sos cili.
Tips / Nota

Tips

  • Adunan tepung jangan cair sangat kerana nanti salutan akan jadi terlalu nipis.
  • Tujuan kita salut sengan tepung gandum dulu sebelum celup tepung ialah supaya tepung melekat dengan baik.
  • Kalau tak ada cornflakes, boleh saja disalut dengan serbuk bread crumbs.
  • Api jangan kuat sangat masa menggoreng kerana nanti perang kat luar tapi dalam tak panas, bila tak panas cheese tak akan jadi bertali.
Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram