Login

30/06/2021

Resepi Daging Tempra

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 20 minit
Jumlah Hidangan: 5 orang
Masa Penyediaan:
15 minit
Masa Memasak:
20 minit
Jumlah Hidangan:
5 orang
Embed HTML not available.
Simpan Resepi 0
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni dah masuk hari ke 2 kita umat islam menjalankan ibadah puasa. Akhir zaman ni masa makin cepat, tau2 esok dah raya. Hari ni plan masak apa? Che mat masak simple saja. Selain daging tempra, ada juga tumis sayur bayam sama bebola ikan dan sambal tumis udang petai. Sambal tumis tu pun guna 6 ekor udang besar saja, sebab abang long che mat tak makan petai, jadi che mat dengan mak saja yang makan. Malas masak lebih2, nanti tak habis kena simpan dalam peti sejuk, rimas. Mesti ada yang tanya, apa kebendanya daging tempra ni? Sebenarnya masakan tempra ni sama saja macam masak kicap, cuma cara memasak dia tu ada sedikit kelainan. Bahan2 dia pun tak banyak. Selain daging, boleh guna ayam dan telur. Tapi telur tu kita goreng mata dulu, kendian baru dimasak tempra. Kalau nak guna sayur terung pun boleh. Daging tempra sesuai untuk hidangan ketika bersahur nanti, tapi che mat masak untuk berbuka, sebab masa sahur jarang makan nasi. Kalau ada yang nak mencuba, jomm che mat kongsikan resipinya di bawah ini..
Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

600 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan (kalau guna daging biasa, rebus dulu sampai empuk)
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 inci halia, mayang halus
1/2 camca teh lada putih kisar
1 camca besar penuh gula pasir
3 camca besar kicap pekat
4 camca besar kicap lemak manis
1/2 camca besar cuka makan (boleh ganti dengan jus limau kasturi)
1/2 cawan air panas
2 camca besar minyak masak
Cara Masak

Cara - Cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan gula pasir, kecilkan api dan masak gula tadi hingga menjadi karamel atau gula hangus. Kacau rata dan masukkan hirisan bawang putih dan halia. Kacau rata dan masak hingga wangi. Masukkan daging, gaul rata dan masak hingga daging kecut.
  2. Masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis, kacau dan tuang air panas. Masak hingga daging empuk dan kuah pekat. Masukkan serbuk lada sulah, kacau dan tambah bawang hiris. Masak hingga bawang layu.
  3. Tambah cili hijau dan merah, gaul rata dan akhir sekali masukkan cuka makan atau jus limau kasturi. Kacau dan masak sekejap. Boleh matikan api dan tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan  pada waktu berbuka atau bersahur. Selamat mencuba!
Tips / Nota

Tips

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram