Resepi Kek Marble Jelita

Masa penyediaan:
50 minit
Masa memasak:
40 minit
Jumlah hidangan:
6 orang
Bahan - bahan
  • 250 gram unsalted butter
  • 150 gram gula kastor
  • 4 biji telur saiz B
  • 240 gram tepung kek
  • 1 tspn baking powder
  • 60 ml susu segar
  • Esen vanila
  • Red velvet emulco
  • Pewarna
Cara Masak
  1. Pukul butter dan gula menggunakan whisk sehingga gebu dan pucat
  2. Kemudian masukkan telur satu persatu diselangselikan dengan tepung.
  3. Masukkan juga esen vanila dan baking powder
  4. Ulang sehingga selesai.
  5. Akhir sekali, masukkan susu segar. Kacau rata.
  6. Bahagikan adunan kepada 4 dan warnakan setiap satu.
  7. Rujuk video cara mencorakkan kek
  8. Bakar suhu 160 selama 45 minit.
  9. Sejukkan dan sedia dihidang
Add to Favorites 0
Resepi Oleh:
Seminit Resepi
Cuba resepi ini ..