Resepi Kek Marble

Masa penyediaan:
45 - 50 minit
Masa memasak:
30 minit
Jumlah hidangan:
6 orang

Resepi ini agak remeh juga kerana perlu menggunakan banyak bekas untuk memukul telur putih secara berasingan. Jadi saya memang tak suka membuat kek yang remeh ni kerana kadang kadang rasanya tak banyak beza pun. Jadi kali ini, saya membuatnya mengikut cara membuat kek biasa jer. Mentega dan gula diputar sehingga kembang, kemudian masukkan ovallete, susu dan vanila. Pecahkan telur sebiji sebiji sambil terus diputar. 

Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kalau buat kek marble, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang disukai. Tuang dalam adunan dan loreklah sesuka hati. Haaa hentam gitu. Kek tetap naik dengan gebunya dan sangat moist. Jangan marah ya, tuan punya resepi. Lain kali memang boleh guna resepi ini lagi untuk membuat kek marble atau kek mentega.

Bahan - bahan

8 oz/227 gm mentega
6 oz/170 gm tepung gandum
6 oz/170 gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovalette
3-4 sudu besar serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)

Cara Masak

1. Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
2. Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
3. Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
5. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit.

Add to Favorites 0
Resepi Oleh:
Azie Kitchen
Cuba resepi ini ..