Resepi Kobis Goreng Ala Mamak

Masa penyediaan:
5 minit
Masa memasak:
10 minit
Jumlah hidangan:
4 orang

Resepi Kobis Goreng Ala Mamak yang sangat mudah disediakan. Oleh kerana suka sangat makan sayur yang dimasak macam ni kat kedai mamak, Che Nom cuba masak sendiri dan hasilnya sangat sedap. Bahan utama dalam menu ini ialah biji sawi yang boleh didapati di kedai runcit atau pasaraya biasa. Boleh campur dengan kobis atau hirisan kacang panjang jika suka.

Bahan - bahan
  • 1/2 biji sayur kobis, hiris kasar
  • 1/2 batang karot, potong halus memanjang
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 2-3 tangkai daun kari
  • cili kering dan cili hidup
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan-bahan parut halus (menjadi pes):
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
Cara Masak
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan parut halus bersama biji sawi.
  2. Apabila bahan tumis sudah kekuningan dan biji sawi sudah mula meletup kecil, masukkan daun kari, cili kering dan cili hidup kemudian kacau sehingga naik bau.
  3. Masukkan pula kobis dan kunyit. Masak kobis sampai layu dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tuang sedikit air supaya semua bahan bergaul sebati.
Add to Favorites 0
Resepi Oleh:
Che Nom
Cuba resepi ini ..