Login

30/06/2021

Resepi Kuih Bakar Pandan

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 10 minit
Jumlah Hidangan: 5 orang
Masa Penyediaan:
15 minit
Masa Memasak:
10 minit
Jumlah Hidangan:
5 orang
Embed HTML not available.
Simpan Resepi 0
Hari ini che mat buat kuih bakar pandan sebagai manisan untuk berbuka nanti. Resipi biasa yang selalu che mat kongsikan dalam blog. Cuma yang ini che mat bancuh lembut sedikit, sebab nak dapat kuih bakar yang lebih lembut. Dan buat pun cuma 1/2 dari resipi asal (resipi yang akan che mat tulis nanti ialah resipi asal). Ada yang panggil kuih bingka, dan pada che mat kuih bakar bahagian yang paling sedap giler, dah tentulah bahagian kerak2nya, tapi toksahlah pi bakar sampai hangus rentung semata2 nak dapatkan kerak, yang tu tak sedap dah, pahit. Kita cuma nak dia coklat keemasa dan garing. Bertambah wangi dengan aroma daun pandan dan bijan. Untuk resipi ini akan menghasilkan 4 biji kuih bakar pandan jika dibakar dalam acuan bunga pecah 6 atau 8. Tapi semuanya bergantung pada besar mana acuan yang kita guna. Nak senang, bakar dalam tin 8 x 8 x 3 inci atau boleh juga dibakar dalam tin acuan muffin. Resipi seperti berikut..
Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

1 cawan + 2 camca besar, tepung gandum
1 cawan gula pasir (che mat kurangkan 1 camca besar)
4 biji telur gred A
2 cawan santan (kalau guna santan kotak, guna 1 kotak - 200 ml dan tambah air)
1 cawan air*
6 helai daun pandan, cuci dan potong kecil*(*dikisar halus dan tapis)
2 camca besar mentega (boleh guna majerin), cair dan sejukkan
1/4 camca teh garam
Bijan untuk hiasan

Cara Masak

Cara - Cara

  1. Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 x inci dengan mentega atau minyak masak dan alas dengan aluminium foil, pastikan aluminium foil dilebihkan pada bahagian kiri dan kanan tin, agar mudah untuk kita keluarkan kuih bila masak nanti, lenser juga aluminium foil tadi. (che mat buat 1/2 dari resipi diatas dan cukup untuk 2 acuan tembaga bunga pecah 6. Lenser dengan majerin). Masukkan tin atau acuan tadi ke dalam oven, biar panas.
  2. Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula dan garam. Kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tuang santan dan jus pandan. Kacau hingga rata. Masukkan tepung, kacau hingga sebati dan tidak berbintil2. Tapiskan bancuhan tadi dan masukkan mentega atau majerin cair. Kacau sebati.
  3. Berhati2 keluarkan tin atau acuan dari oven. Tuang bancuhan kuih bakar pandan dan taburkan bijan atasnya sebagai hiasan. Bakar selama 1 jam 10 minit (jika menggunakan tin berukuran 8 x 8 x 3 inci) dan 40 minit jika menggunakan acuan bunga pecah 6 atau 8. Uji dengan mencucuk bahagian tengah kuih dengan lidi sate bersih atau cake tester, jika keluar bersih, tanda kuih dah masak. Untuk dapatkan permukaan yang garing, tukar fungsi oven kepada 'grill' dan sambung bakar untuk 3 - 4 minit lagi hingga permukaan kuih keperangan. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebentar sebelum dikeluarkan dari tin atau acuan. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong
Tips / Nota

Tips

Masa membakar, kuih akan kembang dan naik menggunung. Ini pekara biasa bagi adunan yang ada mengandungi telur. Kuih akan mengecut kembali bila dah sejuk. Selamat mencuba semua!

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram