Resepi Kuih Cara Manis

Masa penyediaan:
15 - 20 minit
Masa memasak:
15 minit
Jumlah hidangan:
15 biji

Kuih cara manis, kuih kegemaran Che Nom sejak dulu lagi. Kuih Cara ni ada 2 versi, satu manis dan satu lagi cara berlauk. Che Nom akan kongi resepi dan cara lengkap untuk buat kuih cara manis yang paling sedap. Mesti nak buat lagi kalau dah try.
Bahan-bahannya mudah saja. Bahan yg biasa ada kat dapur. Cuma perlu ambil perhatian dgn tips yang akan Che Nom kongsi dalam video ni nanti. Kita akan dapat hasilkan kuih cara yang garing di luar dan lembut di dalam, manis lemak secukup rasa. Che Nom suka makan waktu panas dan kuih ini tetap lembut .

Bahan - bahan
  • Bahan-bahan untuk berus pandan:
    • 2 helai daun pandan
    • getah pengikat
    • sedikit minyak masak
  • Bahan-bahan untuk kuih cara:
    • 300g tepung gandum
    • 1/4 cawan minyak masak
    • 1 cawan /237ml jus pandan + 2 sudu besar jus pandan
    • 2 cawan /250g tepung gandum
    • 2 biji telur
    • 2 cawan /474ml santan
    • (**untuk santan kotak, guna setengah kotak kecil dan campur air untuk cukup kan 2 cawan)
    • ½ sudu kecil garam
    • beberapa titik pewarna hijau
    • gula secukupnya untuk inti
Cara Masak
  1. Cara-cara untuk berus pandan:
    1. Potong panjang agak-agak 2-3 inci.
    2. Susun daun pandan bersama dan ikatkan dengan getah.
    3. Gunting bahagian hujung.
  2. Cara-cara untuk kuih cara:
    1. Kisar halus daun pandan dengan lebihan air.
    2. Tapis jus pandan.
    3. Masukkan semula jus pandan kedalam pengisar bersama tepung gandum, telur, santan, dan air.
    4. Tambah garam dan beberapa titik pewarna hijau.
    5. Kemudian, kisar adunan kuih hingga halus dan sekata.
    6. Tapis adunan kuih yang siap dikisar.
    7. Sediakan acuan kuih cara diatas api dan panaskan acuan.
    8. Sapu minyak pada setiap permukaan acuan.menggunakan berus pandan yang telah dibuat
    9. Bila acuan betul-betul panas, tuangkan adunan kedalam.
    10. Selepas bahagian bawah kuih sedikit masak, tuang gula secukupnya untuk inti, lalu tutup.
    11. Apabila kuih kelihatan sedikit perang dan tidak berair, angkat dan kuih cara manis siap untuk dihidang.
Add to Favorites 0
Resepi Oleh:
Che Nom
Cuba resepi ini ..