Resepi Mac & Cheese

Masa penyediaan:
10 minit
Masa memasak:
15 minit
Jumlah hidangan:
1 - 4 orang

Dalam resepi ni saya cuma menggunakan american cheddar cheese saja. American cheddar cheese ni rasa dia lebih sedap daripada cheddar cheese yang biasa. Warna cheesenya oren. Tapi agak susah sikit nak jumpa. Selalunya saya beli kat Tesco. Kalau ada sesiapa yang nak beli mungkin boleh cuba cari di Tesco. Tapi kalau tak jumpa American cheddar cheese ni, boleh je guna cheddar cheese yang biasa. Then boleh jugak tambah cheese yang lain macam mozarella dan sebagainya. Tak kisah guna jenis yang slice atau parut. Saya cuma letak cheddar cheese sebab itu je yang ada kat rumah masa buat resepi ni. Hehe.. Kalau suka pedas boleh la tambah cili flakes @ serbuk cili. Maklum la perut melayu ni kan selalu suka pedas-pedas.

Jom layan dulu la video kat atas ni. Mesti menyelerakan. Baru la semangat nak masak. Jangan lupa subscribe ye lepas tengok video ni sebab banyak video yang best kat channel ni. hehe..

Bahan - bahan
  • 2 cawan makaroni
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 4 keping keju cheddar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit garam
Cara Masak
  1. Rebuskan makaroni dengan sedikit garam sehingga lembut. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega. Masukkan tepung dan gaul rata dengan cepat.
  3. Masukkan susu segar. Kacau dan tambahkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  4. Masukkan keju satu per satu sambil kacau dengan whisk supaya tidak berketul.
  5. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan kacau rata.
Add to Favorites 0
Resepi Oleh:
Buat Orang Lapo
Cuba resepi ini ..