Login

13/07/2021

Resepi Maggi Goreng Mamak

Masa Penyediaan: 5 minit
Masa Memasak: 10 minit
Jumlah Hidangan: 2 orang
Masa Penyediaan:
5 minit
Masa Memasak:
10 minit
Jumlah Hidangan:
2 orang
Simpan Resepi 0

Hi Semua, Che Nom akan share resepi yang mudah untuk disediakan, maggi goreng yang walaupun nampak mudah tapi menyelerakan.

Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

  • 2 pek maggi Kari (ambil satu bungkus perencah sahaja)
  • sedikit minyak masak
  • 2 ulas bawang putih
  • ¼ biji bawang besar
  • 2 biji telur
  • 1 ikat sayur sawi
  • ½ batang lobak merah
  • sayur kobis
  • 4 biji cili padi (tumbuk kasar)
  • 2-3 sudu besar sos tomato
  • 2-3 sudu besar sos cili
  • 1-2 sudu besar kicap manis
  • ½ biji tomato
  • limau nipis atau limau kasturi (untuk hidangan)
Cara Masak

Cara - Cara

  1. Cincang kasar bawang putih dan bawang besar.
  2. Hiris halus carrot dan sayur kobis.
  3. Potong sayur sawi dan tomato.
  4. Rebus maggi sehingga lembut.
  5. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang.
  6. Masukkan telur dan kacau.
  7. Masukkan batang sawi, hirisan lobak merah dan hirisan sayur kobis.
  8. Masukkan cili padi tumbuk dan daun sawi.
  9. Kemudian Masukkan maggi rebus.
  10. Kacau sekata.
  11. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan hirisan tomato.
  12. Masukkan perencah maggi (satu bungkus sahaja).
  13. Kacau sehingga semua bahan sekata.
Tips / Nota

Tips

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram