Resepi Mee Goreng

Masa penyediaan:
15 minit
Masa memasak:
15 minit
Jumlah hidangan:
5 orang

Kali ni Che Nom nak kongsi cara masak mee goreng yang ringkas. Sesuai untuk disediakan kalau kita rasa mcm tak nak makan nasik ataupun bila kesuntukan masa. Mee Goreng ni versi lembab-lembab je. Buat untuk hidang waktu breakfast pun sedap. Cara ni lah yang selalu Che Nom masak untuk keluarga. Anggran resepi untuk 1 bungkus mee kuning 500g, jadi kalau nak lebih boleh gandakan resepi ok.

Bahan - bahan
  • minyak masak
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 ketul isi ayam (dada)
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 4-5 sudu besar kicap manis
  • 7-8 ekor udang
  • 2 keping kek ikan
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • batang sawi
  • 1 biji tomato
  • 1 pek/500g mee kuning
  • 1 biji telur
  • sedikit serbuk lada sulah
  • daun sawi
  • 300g taugeh
Cara Masak
  1. Ketuk dan cincang kasar bawang putih.
  2. Potong dadu isi ayam, fish cake, tomato, sawi, cili merah dan limau nipis.
  3. Buang kepala dan kulit udang.
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai kekuningan.
  5. Masukkan cili kisar dan isi ayam kemudian kacau sampai isi ayam separuh masak.
  6. Tambahkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan kicap manis.
  7. Masukkan udang dan kacau sehingga separuh masak.
  8. Masukkan fish cake kemudian tambah sedikit air dan lada sulah.
  9. Masukkan batang sawi dan tomato.
  10. Masukkan mee kuning.
  11. Masukkan telur dan taburkan sedikit lada sulah di atas telur.
  12. Kacau-kacau dan hancurkan telur tadi.
  13. Tambah daun sawi dan taugeh.
  14. Hiaskan dengan cili potong dan limau nipis .
Add to Favorites 0
Resepi Oleh:
Che Nom
Cuba resepi ini ..