Resepi Mini Pavlova
Masa penyediaan:
30 minit
30 minit
Masa memasak:
1 jam 30 minit
1 jam 30 minit
Jumlah hidangan:
3 orang
3 orang
Pavlova adalah sejenis pencuci mulut manis yang berasaskan meringue (putih telur). Ia dinamakan sempena nama seorang ballerina Rusia, Anna Pavlova. Bahagian luar mini pavlova ni rasa rangup seperti kerak dan bahagian dalamnya pula lembut dan ringan. Pavlova biasanya dihidangkan dengan krim putar dan juga dihias dengan buah-buahan.
Bahan - bahan
Bahan-bahan Mini Pavlova:
- 4 biji telur putih
- 1 cawan gula
- 1/2 sudu kecil jus lemon
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu besar tepung jagung
Bahan Krim:
- 1 1/2 cawan krim putar tenusu (sejuk)
- 2 sudu besar gula
Cara Masak
- Panaskan oven pada suhu 110ºC.
- Pukul putih telur sehingga menjadi seperti buih halus.
- Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga putih telur menjadi ringan dan kaku lebih kurang 10-15 minit. Gunakan kelajuan yang tinggi.
- Tambahkan jus lemon dan juga esen vanila ke dalam adunan tadi. Kaup balik adunan sehingga rata.
- Masukkan pula tepung jagung. Kaup balik lagi sehingga adunan sebati. Jangan terlalu lama dan kuat.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag supaya lebih mudah untuk dibentuk.
- Pipekan ke atas dulang secara membulat. Biarkan tengahnya rendah daripada bahagian tepi untuk meletakkan krimnya kemudian. Pastikan dulang di alas dengan kertas pembakar.
- Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga sedikit kekuningan (hampir putih).
- Selepas bakar, biarkan ianya di dalam ketuhar selama 30 minit. Kemudian biarkan ia betul-betul sejuk di luar sebelum letak krim di atasnya.
- Untuk membuat krim, pukul krim putar (whipping cream) bersama gula sehingga kental. Jangan pukul terlalu lama kerana krim akan mencair jika terlebih pukul.
- Pipekan krim ke atas mini pavlova yang telah sejuk tadi dan hiasankan dengan buah-buahan kegemaran.