Simpan Resepi 0
Hi semua. Kali ini, Che Nom nak masak hidangan lengkap yang menarik dan sedap rasanya, iaitu Nasi ala Kak Wok. Resepi ini bukan lah dari resepi asal tapi Che Nom ada olah ikut bahan apa yang ada di dapur. Nak sediakan pun tak susah, cuma ada beberapa bahagian penyediaan untuk dapatkan set lengkap nasi ala kak Wok, mula-mula kita masak gulai, kemudian sediakan pelengkap yang penting iaitu sambal belacan.