Resepi Nasi Goreng Cendawan Istimewa

Masa penyediaan:
15 minit
Masa memasak:
10 minit
Jumlah hidangan:
4 orang

Nasi Goreng Cendawan yang kebiasaannya terdapat di restoran Melayu dan Thai, sangat mudah disediakan dan sedap.

Che Nom guna cendawan tiram yang dicarik kasar dalam resepi ini. Apa yang istimewa adalah aroma daripada cendawan yang digoreng bersama nasi memberikan kelainan kepada nasi goreng ini. Pastikan cendawan adalah segar dan lebihkan cili padi supaya dapat mengimbangi rasa nasi goreng.

Untuk sayur, anda boleh gunakan sayur frozen mixed vegetables yang dijual di pasaran tetapi Che Nom lebih suka sayur kacang panjang dan karot yang dihiris dadu. Ini terpulang kepada selera masing-masing.

Bahan - bahan
  • 3 cawan nasi sejuk
  • sedikit minyak untuk menumis
  • bawang merah, hiris halus
  • bawang putih, hiris halus
  • cili padi, hiris halus
  • isi ayam
  • sos tiram
  • sotong
  • lada sulah
  • karot
  • telur
  • kacang panjang
  • cendawan tiram, carik kasar
  • garam
  • serbuk secukup rasa, jika suka
Cara Masak
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris halus.
  2. Masukkan cili padi dan isi ayam. Kacau sehingga ayam separuh masak.
  3. Masukkan sos tiram, sotong, lada sulah dan karot yang dipotong dadu tadi.
  4. Tolakkan sedikit bahan-bahan ke tepi dan pecahkan sebiji telur dan kacau hancur. Taburkan sedikit lada sulah di atas telur hancur supaya telur hilang bau hanyir nya.
  5. Masukkan nasi sedikit demi sedikit dan kemudian masukkan pula kacang panjang dan cendawan tiram.
  6. Kacau sehingga sebati dan cendawan menjadi sedikit layu.
  7. Taburkan sedikit garam dan serbuk cukup rasa.
  8. Angkat dan hidangkan bersama cili potong jika suka.
Add to Favorites 0
Resepi Oleh:
Che Nom
Cuba resepi ini ..