Resepi Nasi Goreng Cili Padi Pedas

Masa penyediaan:
10 minit
Masa memasak:
15 minit
Jumlah hidangan:
4 orang

Nasi goreng cili padi yang pedas menyengat, menu mesra utk dapur bujang atau kalau nak masak waktu tempoh pengasingan di rumah. Siapa yg mintak sgt resepi untuk org bujang tu, jom tgk cara Che Nom masak nasi goreng ni. Kalau makan dgn teh o atau kopi o memang layan.

Bahan - bahan
  • Bahan-bahan untuk tumbuk kasar:
    • 6-8 biji cili padi
    • 3 biji bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
  • Bahan-bahan untuk lain:
    • sedikit minyak
    • 1 mangkuk ikan bilis
    • sayur lobak merah
    • 2 biji telur
    • 3-4 cawan nasi
    • 1/4 – 1/2 sudu kecil lada sulah
    • garam, secukup rasa
    • serbuk perasa sedap, optional
    • **telur goreng, untuk dihidang
Cara Masak
  1. Potong kasar cili padi, bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
  3. Kacang panjang bersihkan dan hiris kasar.
  4. Potong dadu carrot.
  5. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing kemudian angkat.
  6. Dengan minyak yang sama tumis bahan tumbuk kasar tadi.
  7. Bila dah garing masukkan carrot.
  8. Pecah masuk telur dalam kuali (biar telur masak sikit baru kacau).
  9. Masukkan nasi.
  10. Kacau sampai semua bahan sekata.
  11. Masukkan kacang panjang, lada sulah, garam dan serbuk penambah rasa.
  12. Masukkan ikan bilis goreng tadi.
  13. Teruskkan kacau sampai nasi tak berketul dan garing.
  14. Che Nom tambah telur goreng atas hidangan ni.
Add to Favorites 0
Resepi Oleh:
Che Nom
Cuba resepi ini ..