Login

26/06/2021

Resepi Panna Cotta Strawberry

Masa Penyediaan: 4 jam
Masa Memasak: 20 minit
Jumlah Hidangan: 3 orang
Masa Penyediaan:
4 jam
Masa Memasak:
20 minit
Jumlah Hidangan:
3 orang
Simpan Resepi 0

Entry kali ni saya nak kongsikan resepi pencuci mulut yang sangat best iaitu panna cotta strawberry. Panna cotta adalah sejenis pencuci mulut manis yang berasal daripada Italy. Ianya diperbuat daripada krim masakan dan gula gelatin. Tekstur panna cotta ni seperti puding yang sangat lembut dan halus.

Tidak seperti puding biasa, pencuci mulut ilaty ni akan mencair apabila berada lama pada suhu bilik. Jadi, ianya sesuai dihidangkan semasa sejuk. Memang terasa sejuk tekak bila memakannya. Panna cotta selalunya dihidangkan dengan pelbagai jenis sos berry, sos karamel dan juga coklat. Untuk resepi kali ni, saya sediakan panna cotta bersama sos strawberi yang paling mudah dan sedap.

Adunan ni boleh dapat lebih kurang 4 bekas kecil. Krim putar boleh digantikan dengan susu cair. Tapi pada selera saya, rasa krim putar ni lebih sedap dan berlemak berbanding dengan susu cair walaupun harganya agak mahal. Kalau nak makan sedap, kena la belanja lebih sikit. Hehe. Saya juga pernah buat sos mangga. Cuma gantikan strawberi dengan buah mangga masak ataupun apa-apa jenis buah kegemaran masing-masing. Boleh kurangkan gula jika buah yang digunakan sudah manis.

Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

Bahan-bahan panna cotta:

  • 2 Sb air sejuk
  • 1 Sb serbuk gelatin
  • 200ml susu penuh krim
  • 200ml krim putar tenusu
  • 50g gula
  • 1sb esen vanila

Bahan-bahan sos strawberi:

  • 200g strawberi
  • 3 Sb gula
  • 2 Sb air
Cara Masak

Cara - Cara

Cara membuat panna cotta:

  1. Kacau gelatin bersama air sejuk dan biarkan ianya mengembang selama lebih kurang 10 minit.
  2. Masukkan susu, krim putar dan juga gula ke dalam periuk. Kacau sebentar di atas dapur sehingga gula hancur. Tapi jangan sampai adunan ni mendidih.
  3. Setelah gula hancur, alihkan periuk daripada dapur. Masukkan pula esen vanila dan kacau sebentar.
  4. Masukkan gelatin yang telah kembang tadi dan kacau sehingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam bekas kecil yang sesuai.
  6. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam.

Cara membuat sos strawberi:

  1. Masak strawberi bersama gula dan sedikit air di dalam periuk sehingga strawberi sedikit hancur dan menjadi pekat seperti sos.
  2. Sejukkan sos dan tuang ke atas panna cotta yang telah sejuk tadi.

* Boleh tambah gula jika mahu lebih manis.

Tips / Nota

Tips

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram