Login

30/06/2021

Resepi Paprik Seafood Ala Thai

Masa Penyediaan: 10 minit
Masa Memasak: 5 minit
Jumlah Hidangan: 6 orang
Masa Penyediaan:
10 minit
Masa Memasak:
5 minit
Jumlah Hidangan:
6 orang
Embed HTML not available.
Simpan Resepi 0

Resepi Paprik Seafood yang pasti boleh menandingi kesedapan paprik jika dibandingkan dengan restoran Thai. Kunci utama kepada sedapnya masakan ini ialah seafood dan bahan- bahan yang segar. Bagi mendapatkan rasa ala Thai, jangan lupa letakkan sos ikan kerana itulah bahan utama yang selalu digunakan oleh tukang masak Thai, terutamanya masakan seafood.

Che Nom gunakan sotong dan udang untuk resepi ni, boleh ditambah lain-lain seafood kegemaran anda. Memang sedap dan anda harus cuba resepi istimewa ini.

Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

  • 4-5 ekor sotong, potong bulat
  • 8 ekor udang, bersihkan dan buang kulit
  • 3 ulas bawang putih, ketuk dan cincang kasar
  • 2 inci halia, potong mancis
  • 1 batang serai, ketuk
  • 3 sudu besar cili kisar, carikkan
  • 4 helai daun limau purut
  • 6 biji cili padi, tumbuk bagi pecah
  • Kacang panjang
  • Jagung kecil
  • Bunga kubis
  • Karot
  • sedikit minyak, untuk menumis
  • Bahan untuk sos:
    • 1 sudu besar sos ikan
    • 1-2 sudu besar kicap pekat manis
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 3 sudu besar sos tomato
    • 3 sudu besar sos cili
Cara Masak

Cara - Cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama halia. Kemudian masukkan serai dan cili kisar.
  2. Apabila pecah minyak dan naik bau, masukkan udang dan sotong.
  3. Masukkan daun limau purut, cili padi dan sayuran seperti kacang panjang, kubis bunga, jagung kecil dan karot.
  4. Masukkan bahan sos dan kacau sehingga masak. Tambah air jika kuah agak kering.
Tips / Nota

Tips

  • Penting untuk anda mengagak sendiri bahan-bahan untuk sos. Jika kuah terlalu sedikit, boleh tambah lagi sos.
  • Seafood pula jangan dimasak terlalu lama kerana nanti terlebih masak dan keras.
Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram