27/06/2021

Resepi Tart Telur

Masa Penyediaan: 15 minit
Masa Memasak: 30 minit
Jumlah Hidangan: 14 biji
Masa Penyediaan:
15 minit
Masa Memasak:
30 minit
Jumlah Hidangan:
14 biji
Embed HTML not available.
Simpan Resepi 0

Tat telur yang senang dan mudah disediakan. Sedap bila dimakan.

Bahan - Bahan

Bahan - Bahan

Bahan Untuk Kulit:

  • 100gm mentega
  • 40gm gula aising
  • 180gm tepung gandum
  • 1 biji telur saiz 'B'
  • 1/2 s/teh esen vanilla

Bahan Untuk Filling:

  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn air
  • 1/2 s/mkn tepung kastard
  • 1/2 s/teh esen vanilla
  • sedikit pewarna kuning
Cara Masak

Cara - Cara

Cara Membuat Kulit:

  1. Pukul mentega dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur, gaul sebati.
  3. Masukkan tepung sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan tat (boleh dibeli kedai yg menjual bhn2 kek)
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembang dan bakar selama 10minit pada suhu 180 C.
  6. Keluarkan dari oven dan masukkan filling. Bakar lagi 15minit @ sehingga masak.
  7. Biarkan dan keluarkan untuk dihidang.

Cara Membuat Filling:

  1. Campurkan kesemua bahan2 tadi dan gaul sebati.
Tips / Nota

Tips

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.

star-emptyusersdinnerleafsmilecrossmenuchevron-down
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram