Semua bahan pes tomyam di kisar. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masaklah sehingga menjadi pes tom yam. Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.
Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.
Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.
Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.