Resepi Udang Goreng Kunyit

Masa penyediaan:
10 minit
Masa memasak:
10 minit
Jumlah hidangan:
2 orang

Resepi udang goreng kunyit yang paling simple. Pasti membuka selera jika dimakan dengan nasi panas.

Bahan - bahan
  • 6 ekor udang saiz besar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 ulas bawang merah, hiris nipis
  • 1 biji cili merah, hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar, hiris nipis
  • Sedikit daun bawang untuk hiasan
  • Garam secukup
  • 3 sudu besar minyak masak
Cara Masak
  1. Bersihkan udang, gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang yang diperap tadi. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar, cili merah serta sos tiram.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau seketika.
  5. Angkat dan hiaskan dengan daun bawang.