login

Resipi Begedil Ayam yang sangat mudah dimasak dan sangat sedap. Che Nom sediakan begedil ayam ni untuk dihidangkan bersama soto ayam, sebabnya tak sedaplah soto kalau tak ada begedil kan... Untuk resipi ini, kentang yang digunakan ialah kentang yang biasa terdapat di kedai, bukannya kentang jenis yang diimport seperti kentang USA atau russet. Pendek kata, kentang tempatan atau asia yang murah tu lagi sedap buat begedil. Boleh letak cili kalau anda suka pedas. Satu lagi nota, jika anda nak gantikan daun sup dengan daun bawang pun ok, atau nak letak dua-dua pon boleh. Sila lah cuba! 🙂

Sama seperti kari, hidangan ni sangat terkenal di kalangan masyarakat Melayu, juga dipercayai hasil dari pengaruh masakan India Cuma cara orang Melayu masak lain sikit lah. Ianya sangat berempah, tetapi warnanya agak pudar kerana tidak mempunyai serbuk cili di dalam campuran rempahnya. Che Nom akan tunjukkan cara-cara yang terperinci untuk sediakan hidangan klasik ni. Sedap dimakan bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam ulaman. Sesuai juga dimakan bersama nasi tomato.

Resepi Ayam Masak Blackpepper Cendawan ni sesuai dimasak pada hari bekerja oleh ibu-ibu kerana cepat dan mudah.

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.
crossmenu
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram