Posted on Leave a comment

Resepi Kuih Bakar Pandan

Hari ini che mat buat kuih bakar pandan sebagai manisan untuk berbuka nanti. Resipi biasa yang selalu che mat kongsikan dalam blog. Cuma yang ini che mat bancuh lembut sedikit, sebab nak dapat kuih bakar yang lebih lembut. Dan buat pun cuma 1/2 dari resipi asal (resipi yang akan che mat tulis nanti ialah resipi asal). Ada yang panggil kuih bingka, dan pada che mat kuih bakar bahagian yang paling sedap giler, dah tentulah bahagian kerak2nya, tapi toksahlah pi bakar sampai hangus rentung semata2 nak dapatkan kerak, yang tu tak sedap dah, pahit. Kita cuma nak dia coklat keemasa dan garing. Bertambah wangi dengan aroma daun pandan dan bijan. Untuk resipi ini akan menghasilkan 4 biji kuih bakar pandan jika dibakar dalam acuan bunga pecah 6 atau 8. Tapi semuanya bergantung pada besar mana acuan yang kita guna. Nak senang, bakar dalam tin 8 x 8 x 3 inci atau boleh juga dibakar dalam tin acuan muffin. Resipi seperti berikut..