login

Resepi udang goreng kunyit yang paling simple. Pasti membuka selera jika dimakan dengan nasi panas.

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit, resepi mudah kegemaran Che Nom sekeluarga.

Dalam resepi ini, bukan hanya serbuk kunyit yang dimasukkan, tapi Che Nom tambah juga serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih. Dengan tambahan bahan-bahan tersebut, rasa daging akan lebih sedap dan wangi apabila digoreng nanti hasil daripada gabungan serbuk-serbuk rempah tersebut. Tapi jangan susah hati, kalau tak ada serbuk ketumbar dan jintan manis boleh sahaja abaikan dan cuma guna serbuk kunyit sahaja.

Bawang putih pula ditambah selepas kita goreng daging kerana nak pastikan bawang putih tidak hangus dan memberikan rasa pahit jika digoreng lama.

Resepi Maggi Goreng yang mudah dan cepat disediakan jika anda lapar dan malas nak pergi ke restoran mamak. Kita gunakan maggi goreng perisa Kari (maggi bersama perencahnya sekali). Dalam resepi ini Che Nom letak bahan-bahan serta sayur yang ada dalam peti ais sendiri, tetapi anda boleh tukar mengikut citarasa sendiri.

Resepi Makaroni Goreng, versi kurang pedas dan sesuai disediakan untuk kanak-kanak dan boleh dijadikan menu utama di majlis hari jadi atau party khas untuk mereka. Buat sesetengah ibu yang dah buntu nak masak pa untuk anak pun boleh cuba resepi ni untuk pelbagaikan menu. Kalau nak pedas, boleh tambah cili kisar.

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.
crossmenu
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram