login

Resepi Siakap Stim Tauchu, resepi yang berkhasiat menggunakan kaedah stim dan keistimewaan hidangan ini adalah terletak kepada rasa lemak dan masin daripada taucu yang dijeruk. Diinspirasikan dari masakan cina, pasti sangat lazat jika dimasak menggunakan ikan siakap yang segar dari pasar.

Resepi Asam Pedas Ikan Pari yang mudah dan sangat menyelerakan. Ikan Pari memang sangat sedap kalau dimasak asam pedas. Cuma pastikan basuh ikan pari bersama sedikit pati asam jawa supaya hilang bau hanyirnya.

Hidangan ini sedap dimakan bersama ulam sambal belacan, atau juga bersama ikan pekasam yang digoreng pedas bersama cili padi. Memang hidangan yang membuka selera. Che Nom bertanyakan resepi ini dari kawan orang Melaka, silalah cuba ye. Boleh rujuk video YouTube pada link di bawah untuk cara-cara yang lebih menarik dan jelas.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sangat berbaloi memasaknya sendiri. Maklum kalau ikan seperti yang saya masak hari ini, harganya pasti tidak kurang dari RM70-80 jika dimakan di restoran atau kedai makan. Sangat menjimatkan jika dimasak sendiri lebih lebih lagi kalau ramai anak anak di rumah. Jadi tunggu apa lagi? Selamat mencuba semua....

Siakap stim lemon, menu favourite Che Nom sekeluarga. Menu ni mudah, sihat dan sesuai lah bagi penggemar ikan atau sesiapa yang tengah diet tu. Dulu Che Nom dah pernah share resepi siakap steam limau, kaedah nya berbeza dengan kali ni sebab yg ni semuanya kita kukus sekaligus. Jus lemon tu buat bagi rasa hidangan ni lebih fresh, wangi dan tak muak bila dimakan.

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.
crossmenu
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram