Posted on Leave a comment

Resepi Kuey Teow Goreng dan Cili Potong Kicap

Resepi Kuey Teow Goreng yang menjadi kegemaran keluarga Che Nom. Bahan-bahannya mudah, tapi mungkin perlu diberi sedikit perhatian pada beberapa tips untuk mendapatkan Kuey Teow Goreng yg sedap. Ada 1 bahan tambahan yg selalu Che Nom masukkan supaya ada sedikit kelainan pada rasa nya.

Kuey Teow ni goreng tak boleh lama sangat nanti cepat lembik dan hancur. Api pun kena besar baru sedap rasanya bila digoreng.

Untuk masakan ni, Che Nom tak masukkan garam atau gula sebab sos dan kicap dan cukup kesemua rasa masin dan manisnya.

Posted on Leave a comment

Resepi Kuey Teow Kung Fu

Hi semua, dah lama rasa tak masak kuey teow, dan kali ni Che Nom nak tunjukkan lagi sekali cara untuk masak kuey Teow Kung Fu yang memang mantap rasanya. Bezanya kuey teow kung fu ialah, kita goreng dulu kuey teow yang digaul telur sampai garing, dan kemudian tuang dengan kuah sebelum dihidang.

Che Nom akan sediakan kuah dulu, kuey teownya akan goreng kemudian…sebab lagi sedap kalau makan kuey teow yang panas2 garing baru lepas goreng.

Posted on Leave a comment

Resepi Char Kuey Teow Kerang

Apa makna char kuey teow kalau takde kerang, jadi che mat beli isi kerang frozen, boleh beli di Speedmart99. sebungkus tu dalam RM 5 +, ok lah walaupun isi kerang dia tak besar mana, tapi sedap dan lembut. Satu lagi benda wajib ada kalau goreng kuey teow, kucai dan taugeh, yang tu kalau takde nampak macam kurang, macam char kuey teow OKU ajer kan. Tapi yang tak makan taugeh atau kucai tu tak perlu lah taruk, bukan paksa, yang nak makan pun tekak sendiri. Tak payah nak rasa bersalah sangat. Memasak ni pada che mat, paling utama ikut selera kita dan keluarga dulu, kendian baru kita pikirkan pasal orang lain. Ha, mana yang payah nak dapat kerang, boleh ganti dengan udang, sotong. isi ayam atau daging. Jangan kemurungan ok…Resipi boleh semak kat bawah ni…