login

Resepi Nasi Goreng Pattaya, masakan yang berasal dari Thailand dan sangat popular di Malaysia. Nasi goreng dibungkus dalam lapisan nipis telur dadar dan dilipat berbentuk empat segi. Selalunya dihidang bersama timun dan tomato. Kalau selalunya kita makan di restoran, apa kata cuba buat sendiri di rumah untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Selamat Mencuba 🙂

Nasi Goreng Cendawan yang kebiasaannya terdapat di restoran Melayu dan Thai, sangat mudah disediakan dan sedap.

Che Nom guna cendawan tiram yang dicarik kasar dalam resepi ini. Apa yang istimewa adalah aroma daripada cendawan yang digoreng bersama nasi memberikan kelainan kepada nasi goreng ini. Pastikan cendawan adalah segar dan lebihkan cili padi supaya dapat mengimbangi rasa nasi goreng.

Untuk sayur, anda boleh gunakan sayur frozen mixed vegetables yang dijual di pasaran tetapi Che Nom lebih suka sayur kacang panjang dan karot yang dihiris dadu. Ini terpulang kepada selera masing-masing.

Nasi goreng cili padi yang pedas menyengat, menu mesra utk dapur bujang atau kalau nak masak waktu tempoh pengasingan di rumah. Siapa yg mintak sgt resepi untuk org bujang tu, jom tgk cara Che Nom masak nasi goreng ni. Kalau makan dgn teh o atau kopi o memang layan.

Hi semua, tiba-tiba terasa rindu pulak dengan makanan restoran Thai lepas raya ni….jadi harini Che Nom nak masak Nasi Goreng Tomyam..Rasa masam2 dan beraroma dari tomyam paste, ditambah pulak dengan pedas dari cili padi dan beberapa bahan penting lain…cukup sedap kalau dihidang panas-panas

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.
crossmenu
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram