login

Resepi nasi goreng daging merah, masakan ala Thai yang menjadi menu utama di kebanyakan restoran di Malaysia. Pilih bahagian daging yang tidak terlalu kenyal atau liat. Untuk nasi goreng, hanya perlu masak nasi goreng yang simple kerana akan dipadankan dengan Daging Merah yang mengandungi banyak bahan sayuran. Cubalah....kalau masak sendiri pasti puas hati.

Resepi Nasi Goreng Pattaya, masakan yang berasal dari Thailand dan sangat popular di Malaysia. Nasi goreng dibungkus dalam lapisan nipis telur dadar dan dilipat berbentuk empat segi. Selalunya dihidang bersama timun dan tomato. Kalau selalunya kita makan di restoran, apa kata cuba buat sendiri di rumah untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Selamat Mencuba 🙂

Nasi Goreng Cendawan yang kebiasaannya terdapat di restoran Melayu dan Thai, sangat mudah disediakan dan sedap.

Che Nom guna cendawan tiram yang dicarik kasar dalam resepi ini. Apa yang istimewa adalah aroma daripada cendawan yang digoreng bersama nasi memberikan kelainan kepada nasi goreng ini. Pastikan cendawan adalah segar dan lebihkan cili padi supaya dapat mengimbangi rasa nasi goreng.

Untuk sayur, anda boleh gunakan sayur frozen mixed vegetables yang dijual di pasaran tetapi Che Nom lebih suka sayur kacang panjang dan karot yang dihiris dadu. Ini terpulang kepada selera masing-masing.

Resepi Nasi Ayam Penyet, masakan indonesia yang sangat popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Agak remeh untuk menyediakan hidangan ini tetapi sangat berbaloi kerana hasilnya sangat memuaskan dan sangat sedap. Pasti anda sekeluarga akan suka, jika nak makan di luar kos unuk satu hidangan agak tinggi. Kalau masak sendiri sangat puas hati.

Resepi ini digabungkan bersama nasi yang dimasak bersama air rebusan ayam. Pengalaman Che Nom, set nasi ayam penyet kebanyakannya dihidangkan bersama nasi putih biasa aja, tapi tak salah mencuba dan memang sedap.

Terima kasih kepada kak Ita dari blog Masam Manis kerana berkongsi resipi ini. Che Nom olah sedikit sahaja mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri.

Ayam Goreng Berempah yang diperap bersama pelbagai jenis campuran rempah, dipadankan bersama nasi lemak kukus yang lembut dan fluffy.

Ada 2 bahagian utama resepi ni, pertama Che Nom akan tunjukkan cara penyediaan ayam goreng berempah, dan kedua cara untuk sediakan nasi lemak kukus.

Nasi goreng cili padi yang pedas menyengat, menu mesra utk dapur bujang atau kalau nak masak waktu tempoh pengasingan di rumah. Siapa yg mintak sgt resepi untuk org bujang tu, jom tgk cara Che Nom masak nasi goreng ni. Kalau makan dgn teh o atau kopi o memang layan.

Nasi Briyani Ayam style Pakistan yang sungguh lembut, fluffy dan cukup lengkap rasanya. Cara masaknya agak berbeza iaitu beras perlu direbus dan dibuang kanji dahulu…sbb tu lah nasi jadi lembut sgt dan mudah nak masak sbb kita tak perlua agak sukatan air. Kemudian dilapis dengan lauk yg kita masak.

NOTA: 1/2 cawan air + 1/2 cawan susu cair ATAU 1 cawan air

Hi semua, tiba-tiba terasa rindu pulak dengan makanan restoran Thai lepas raya ni….jadi harini Che Nom nak masak Nasi Goreng Tomyam..Rasa masam2 dan beraroma dari tomyam paste, ditambah pulak dengan pedas dari cili padi dan beberapa bahan penting lain…cukup sedap kalau dihidang panas-panas

Hi semua. Kali ini, Che Nom nak masak hidangan lengkap yang menarik dan sedap rasanya, iaitu Nasi ala Kak Wok. Resepi ini bukan lah dari resepi asal tapi Che Nom ada olah ikut bahan apa yang ada di dapur. Nak sediakan pun tak susah, cuma ada beberapa bahagian penyediaan untuk dapatkan set lengkap nasi ala kak Wok, mula-mula kita masak gulai, kemudian sediakan pelengkap yang penting iaitu sambal belacan.

Resipi nasi ayam ni, sama ajer macam orang lain masak. Bahan penting dia mestilah ayam. Cuma ada orang cara masak dia lain, dan mungkin kita lain. Ingatkan malas nak kongsi resipi, tapi rasa sayang pulak blog tak ada isi, kira boleh lah buat ada2. Setakat berkongsi bukan paksa sama2 buat, sekadar untuk rujukan bagi yang diri sendiri dan mereka yang rasa perlu. Nasi ayam che mat tu kaler dia kuning sikit, sebab taruk serbuk kunyit. Satu lagi kalau nasi ayam, che mat suka letak sedikit minyak bijan, dalam 1/4 camca teh, taruk akhir masa kita nak gemburkan nasi. Yang lain2 takde beza kot, eh, entah lah, tengok sendiri lah nanti resipi dia macam mana. Jomm kita mulakan memasak, selamat mencuba!

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.
crossmenu
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram