Posted on Leave a comment

Resepi Ayam Masak Nestum

Assalammualaikum, salam Ahad semua. Hari ni che mat masak menu yang amat ringkas dan semua orang boleh makan, kecuali mereka yang tak makan ayam. Biasanya che mat bikin guna udang, tapi sebab Bak che mat dia kena pantang makanan laut sebab penyakit gaot. Langkah selamat gantikan saja dengan ayam. Kalau guna ayam pilih isi bahagian peha tapi che mat ada dada ayam sahaja, boleh aje lah. Kalau daging peha, isi dia tak kering sangat, dada ni sedikit kering. Resipi ini memang senang dan seelok2nya lepas siap masak, terus hidangkan. Bagi yang tak makan nasi (mungkin diet), anda boleh juga ratah saja. Che mat guna kurang lebih 400 gram isi ayam. Jika anda bikin untuk anak2, anda boleh kurangkan penggunaan cili padi atau tak perlu taruk langsung, kesian kan anak2 kalau pedas. Nak mencuba? Che mat kongsikan resipi di bawah ini…