Posted on Leave a comment

Resepi Panna Cotta Strawberry

Entry kali ni saya nak kongsikan resepi pencuci mulut yang sangat best iaitu panna cotta strawberry. Panna cotta adalah sejenis pencuci mulut manis yang berasal daripada Italy. Ianya diperbuat daripada krim masakan dan gula gelatin. Tekstur panna cotta ni seperti puding yang sangat lembut dan halus.

Tidak seperti puding biasa, pencuci mulut ilaty ni akan mencair apabila berada lama pada suhu bilik. Jadi, ianya sesuai dihidangkan semasa sejuk. Memang terasa sejuk tekak bila memakannya. Panna cotta selalunya dihidangkan dengan pelbagai jenis sos berry, sos karamel dan juga coklat. Untuk resepi kali ni, saya sediakan panna cotta bersama sos strawberi yang paling mudah dan sedap.

Adunan ni boleh dapat lebih kurang 4 bekas kecil. Krim putar boleh digantikan dengan susu cair. Tapi pada selera saya, rasa krim putar ni lebih sedap dan berlemak berbanding dengan susu cair walaupun harganya agak mahal. Kalau nak makan sedap, kena la belanja lebih sikit. Hehe. Saya juga pernah buat sos mangga. Cuma gantikan strawberi dengan buah mangga masak ataupun apa-apa jenis buah kegemaran masing-masing. Boleh kurangkan gula jika buah yang digunakan sudah manis.