login

Resepi udang goreng kunyit yang paling simple. Pasti membuka selera jika dimakan dengan nasi panas.

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Hi semua, tiba-tiba terasa rindu pulak dengan makanan restoran Thai lepas raya ni….jadi harini Che Nom nak masak Nasi Goreng Tomyam..Rasa masam2 dan beraroma dari tomyam paste, ditambah pulak dengan pedas dari cili padi dan beberapa bahan penting lain…cukup sedap kalau dihidang panas-panas

Resepi Fettucine Carbonara, pada asasnya adalah pasta jenis fettucine yang dimasak bersama sos carbonara.
Sebelum tu Che Nom nak senaraikan jenis pasta yang kebanyakan terdapat di pasar raya seperti spaghetti, fettucine, fusilli, linguine, tagliatelle, penne, macaroni dan banyak lagi. Bezanya adalah dari segi bentuk dan juga kawasan asal-usul pasta ni. Untuk hidangan carbonara, selain fettucine boleh juga digantikan dengan spaghetti.

Resepi ni dikongsikan oleh sahabat baik Che Nom yang sekarang menetap di luar negara, dan tiada telur dalam sos carbonara ni. Mungkin cara ini adalah bertentangan dengan resepi klasik carbonara, tetapi rasanya sangatlah sedap dan sesuai untuk hidangan vegetarian. Akan datang Che Nom akan kongsikan resepi carnonara menggunakan telur di entri yang berlainan. Anda harus cuba resepi ni, mudah dan cepat dihidangkan. Kombinasi udang dan cendawan sangat sedap dan membangkitkan rasa sos carbonara.

Resepi Tom Yam Thai Campur yang Che Nom kongsi kali ini adalah sejenis tom yam yang berkuah merah pedas atau "nam Khon" berbanding satu lagi jenis Tom Yam Thai yang berkuah putih atau "nam sai".

Dalam resepi ini kita masukkan susu cair dan akar ketumbar sebagai bahan utama penambah aroma. Juga kalau diikutkan cara orang Thai masak, mereka gunakan air rebusan ayam atau seafood sebagai bahan utama kuah tom yam, tetapi oleh kerana tidak ada air rebusan ayam Che Nom masukkan kiub ayam sebagai ganti, tidak ada sebarang  masalah.

Selamat mencuba 🙂

Sambal Tumis Sotong Petai yang kaedah ialah dengan masak sotong tanpa minyak dahulu sehingga keluar airnya supaya sambal menjadi pekat, sotong tidak menjadi kecut dan lembut. Air yang keluar semasa proses memasak sotong tanpa minyak boleh dimasukkan kembali ke dalam kuah sambal, tapi jika anda tidak suka kan air sotong tersebut boleh dibuang sahaja kerana bagi sesetengah orang rasanya agak kuat.

Sila rujuk video di youtube Che Nom pada link di bawah untuk rujukan.

Resepi Paprik Seafood yang pasti boleh menandingi kesedapan paprik jika dibandingkan dengan restoran Thai. Kunci utama kepada sedapnya masakan ini ialah seafood dan bahan- bahan yang segar. Bagi mendapatkan rasa ala Thai, jangan lupa letakkan sos ikan kerana itulah bahan utama yang selalu digunakan oleh tukang masak Thai, terutamanya masakan seafood.

Che Nom gunakan sotong dan udang untuk resepi ni, boleh ditambah lain-lain seafood kegemaran anda. Memang sedap dan anda harus cuba resepi istimewa ini.

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.
crossmenu
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram