login

Resepi Spaghetti Aglio Olio, dalam banyak resepi goreng-goreng yang ni lah paling senang sekali nak disediakan. Dalam resepi aglio olio ini Che Nom gunakan seafood, tapi boleh juga jika anda nak masukkan hirisan isi ayam atau daging. Sosej pun boleh juga dimasukkan kalau suka.

Yang paling penting sekali ialah anda harus merebus spaghetti dengan cara yang betul kerana takut nanti spaghetti akan jadi lembik dan tak cantik teksturnya bila dimasak. Sila rujuk bahagian TIPS di bawah untuk cara merebus spaghetti dengan betul.

Kalau anda rujuk tips tersebut, Che Nom 'drizzle' minyak zaitun pada waktu akhir sekali iaitu pasa masa spaghetti sudah ditapis airnya dan bukannya masukkan minyak zaitun dalam air semasa merebus. Ini adalah kerana jika kita masukkan minyak zaitun semasa merebus, sebahagian besar minyak tu akan hilang bila kita tapis spaghetti dan ianya adalah satu pembaziran. Salutan minyak di permukaan spaghetti pun akan berkurang. Jadi eloklah dimasukkan minyak zaitun bila masa spaghetti itu sudah di tapis.

Selamat mencuba resepi yang mudah dan sedap ini 🙂

Melihatkan anak anak yang gemar sekali memakan spagethi Carbonara, saya memutuskan untuk cuba memasaknya sendiri. Setelah mencari berhari hari lamanya resepi dan petua untuk memasak pasta ini, saya telah memasak menggunakan resepi di bawah yang telah saya gabungkan dari beberapa resepi...

Jom layan resepinya....

Lovemakan.com merupakan komuniti perkongsian resepi makanan dari masakan tradisi Melayu, Chinese style sehingga masakan Western.
crossmenu
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram